Khairul Aming Habis Berpuluh Ribu Ringgit Taja 100 Staff Staycation Mewah Di KL Sewaktu Hari Jadinya

Seronok tengok percutian mereka.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @khairulaming (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap tahun, pempengaruh dan usahawan terkenal Khairul Aming memang tidak pernah lupa menghargai pekerjanya dengan cara yang istimewa

Jika sebelum ini ramai sudah tahu tentang kemurahan hatinya memberi bonus dan duit raya kepada staf, kali ini dia meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-33 pada 25 September lalu dengan cara yang berbeza.

Baru-baru ini, seramai 100 orang staf Khairul Aming dibawa bercuti ke Kuala Lumpur dengan semua perbelanjaan ditanggung sepenuhnya termasuk duit poket.

SAYS.com
Image via @khairulaming (TikTok)Image via

Perbelanjaan, duit poket, makanan semua ditanggung syarikat

Menerusi video di TikTok Khairul Aming, pempengaruh terkenal itu berkongsi momen istimewa apabila kilangnya ditutup selama lima hari sempena percutian bersama 100 orang pekerjanya di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur.

Rombongan mereka tiba dengan dua buah bas dan menginap di hotel berprestij, Marriott Hotel, di mana setiap pekerja diberi bilik suite lima bintang. Dari upper deck hotel tersebut, pemandangan ikonik KLCC dapat dinikmati sepenuhnya.

"Macam biasa setiap kali company trip, kita tidak akan bagi staf belanja satu sen pun. Jadi semua staf dapat duit poket untuk mereka guna untuk beli-belah atau apa-apa di sana (semasa bercuti)," katanya.

SAYS.com
Image via @khairulaming (TikTok)
SAYS.com
Image via @khairulaming (TikTok)

Bagi makan malam, Khairul Aming menghadiahkan pengalaman eksklusif kepada para pekerja dengan merasai daging Wagyu A5 asli dari Jepun, yang menelan belanja berpuluh-puluh ribu ringgit.

Tidak terhenti di situ, pelbagai aktiviti turut disediakan, termasuk bermain air di Splash Mania Gamuda Cove, go-kart, serta permainan Virtual Reality (VR) yang semuanya ditanggung sepenuhnya oleh syarikat.

Percutian itu diakhiri dengan sambutan hari lahir Khairul Aming sendiri, menambah seri kepada pengalaman bersama.

Khairul Aming, yang sinonim dengan produk popular Sambal Nyet, Dendeng Nyet dan Rendang Nyet Berapi, menerima pujian meluas daripada warganet.

Ramai mendoakan agar usahawan itu terus dimurahkan rezeki, malah ada yang berseloroh mahu turut serta sebagai salah seorang tenaga kerjanya.

Lihat video di bawah:

@khairulaming

Percutian Staff Khairulaming 2025. Alhamdulillah diberikan peluang untuk kongsi rezeki dengan staff yang baik macam ni 🥹❤️

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik