Khairul Aming Buat Satu Dewan Jatuh Air Mata, Kongsi Cerita ‘Bestfriend’ Kini Dah Kahwin

Sebak pula dengar ucapannya.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa sahaja yang tidak mengenali pempengaruh terkenal Khairul Aming yang sering berkongsi pelbagai resipi masakan menarik di media sosialnya

Malah, popularitinya semakin meningkat dengan kejayaan membuka restoran sendiri, Rembayung, yang turut mendapat sambutan hangat daripada peminat.

Namun, di sebalik kejayaan itu, terselit satu momen peribadi yang cukup menyentuh hati.

Baru-baru ini, salah seorang rakan baiknya telah melangsungkan perkahwinan dan detik tersebut membuatkan Khairul Aming sendiri tidak dapat menahan air mata.

SAYS.com
Image via @khairulaming (Instagram)

Satu dewan 'bergenang air mata' dengar ucapan KA

Menerusi perkongsian di akaun Instagram @khairulaming, dia berkongsi momen istimewa apabila rakan baik yang juga pernah menjadi rakan serumahnya, dikenali sebagai Kemey, kini sah bergelar suami.

Dalam ucapannya, dia mengimbau kembali perjalanan mereka bersama selepas bertahun-tahun membina kerjaya dari bawah.

Menurutnya, Kemey merupakan antara individu terawal yang banyak membantunya sejak hari pertama memulakan perniagaan.

Malah, rakannya itu juga merupakan orang pertama yang diambil bekerja, sekali gus menjadi saksi kepada perjalanan susah senang yang dilalui bersama.

"Jatuh air mata depan satu dewan bila tengok best friend dah berumahtangga. Bukan senang nak dapat kawan yang ada masa susah dan senang.

"I'm so happy for both of you. Please take good care of your wife Mey,"
tulisnya.

Ucapan penuh emosi itu bukan sahaja menyentuh hati Khairul Aming, malah turut membuatkan tetamu yang hadir sama-sama mengalirkan air mata.

Ramai yang dapat merasai keikhlasan dan nilai persahabatan yang disampaikan dalam ucapan tersebut.

Perkongsian ini sekali lagi membuktikan bahawa di sebalik kejayaan seseorang, pasti ada insan-insan penting yang sentiasa berada di sisi menemani dari awal hingga ke saat-saat bermakna seperti ini.

Lihat video di bawah:

Fetching content

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik