KGMMB Mohon KPM Kembalikan Autoriti Guru Dalam Tangani Disiplin Pelajar

"Hukuman bukan tujuan mendera, tetapi mendidik dan membentuk sahsiah" – KGMMB.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & The Sun Malaysia
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) bimbang dengan peningkatan kes disiplin dan jenayah dalam kalangan pelajar sekolah

Banyak kes baru-baru telah merisaukan ramai ibu bapa dan pelajar sekolah.

Ini adalah kerana kes buli yang meningkat, pergaduhan, rogol, dan semalam kes serangan menggunakan pisau oleh seorang pelajar sehingga meragut nyawa.

Menurut temuduga dari Harian Metro, Presiden KGMMB Mohd Sobri Yusuf berkata, kes yang ada sekarang bukan sahaja mencemarkan imej institusi pendidikan, malah menggugat keselamatan warga sekolah.

"Jika budaya negatif ini tidak dibendung secara tegas dan menyeluruh kita akan melahirkan pelajar yang jauh daripada nilai moral, adab dan tanggungjawab sosial." tambahnya.

Hukuman bukan tujuan mendera, tetapi mendidik dan membentuk sahsiah

Mohd Sobri juga menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) untuk meneliti semula dasar pendekatan pengurusan disiplin pelajar yang lebih berkesan.

Imuniti guru juga perlu dikembalikan untuk membolehkan mereka membuat tindakan disiplin berhemah seperti termaktub dalam Suat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 7 tahun 2003.

SAYS.com
Image via New Straits Times

Mohd Sobri menambah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu memainkan peranan lebih aktif dalam pendidikan sahsiah pelajar.

"Masalah disiplin pelajar perlu ditangani secara holistik melalui pelibatan aktif semua pihak termasuk KPM, guru, PIBG, komuniti setempat dan agensi keselamatan." ujar Mohd Sobri.

KGMMB bersedia untuk bekerjasama dengan KPM bagi memastikan sistem pendidikan negara kembali ke arah membina insan berilmu, berakhlak dan beradab mulia.

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: