KESAS Larang Berbasikal Di Lorong Motosikal & Laluan Utama, Risiko Kepada Pengguna Jalan Raya
Sikap ini membahayakan keselamatan umum dan menjejaskan kelancaran lalu lintas.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Lebuh raya merupakan nadi utama pergerakan kenderaan yang menghubungkan bandar-bandar besar dengan aliran trafik yang pantas dan padat
Di sebalik fungsinya sebagai pemudah cara perjalanan, lebuh raya direka khusus untuk kenderaan bermotor berkuasa tinggi.
Namun, kebelakangan ini, trend aktiviti berbasikal di lebuh raya mula menimbulkan kebimbangan serius, khususnya di Lebuhraya Shah Alam (KESAS).
Boleh menyebabkan risiko
Perbezaan kelajuan yang ketara antara basikal dan kenderaan bermotor mewujudkan risiko kemalangan maut yang sangat tinggi.
Malah, tekanan angin daripada kenderaan besar yang memotong rapat boleh menyebabkan penunggang basikal hilang imbangan, sekali gus mengundang tragedi dalam sekelip mata.
Menyedari risiko tersebut, pengurusan KESAS mengambil langkah proaktif dengan mengeluarkan peringatan tegas buat orang ramai.
Menerusi kenyataan rasmi di laman Facebook Lebuh Raya Shah Alam – KESAS, pihak pengurusan menegaskan bahawa aktiviti berbasikal sama sekali tidak dibenarkan, sama ada di lorong motosikal mahupun di laluan utama.
"Tindakan ini berisiko, boleh mengganggu aliran trafik serta membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain. Patuhi peraturan demi kesejahteraan semua pengguna jalan raya," jelas kenyataan tersebut.

Netizen seloroh isu pengguna motosikal yang tidak menggunakan laluna tersebut
Di sebalik penguatkuasaan tersebut, isu ini mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen di media sosial.
Selain mempersoalkan pemanfaatan lorong motosikal yang dianggap tidak optimum, ramai yang meluahkan rasa terkilan terhadap sikap segelintir penunggang motosikal yang gemar menggunakan laluan utama di jalan besar berbanding lorong khas yang disediakan.
Menurut mereka, kegagalan mematuhi pembahagian laluan ini bukan sahaja mengganggu aliran trafik, malah meningkatkan risiko kemalangan kepada semua pengguna.



Larangan berbasikal di lebuh raya sudah lama ada
Aktiviti berbasikal di lebuh raya sebenarnya dilarang sama sekali di Malaysia
Ia kerana laluan tersebut direka khas untuk kenderaan bermotor seperti lori, bas dan motosikal yang pastinya bergerak laju dan boleh mendatangkan risiko besar kepada penunggang basikal.
Menurut laporan Buletin TV3, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri memberitahu perkara ini bukan baharu, malah penunggang motosikal pun diwajibkan mengikut peraturan yang telah ditetapkan di bawah Kaedah Lalu Lintas.
"Dalam Kaedah Lalu Lintas LN165/59 ada menyatakan 18 peraturan asas berkaitan penunggang basikal yang perlu dipatuhi termasuk Peraturan 65 iaitu sentiasa mematuhi undang-undang semua kaedah dan peraturan lalu-lintas.
"Jangan sesekali tidak mempedulikan isyarat jalan. Isyarat tangan bagi keselamatan dan tunjuk arah serta pemandu kenderaan bermotor yang lain.
"Bagi Peraturan 66, mereka perlu menggunakan laluan paling selamat dan menjauhi lalu-lintas yang sibuk," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 