Kes Zara Qairina: 5 Perkara Penting Yang Polis Sahkan Setakat Ini

Pasukan khas Bukit Aman mendapati terdapat unsur ketidakpatuhan terhadap prosedur semasa peringkat awal siasatan.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar, mengadakan sidang media semalam, 13 Ogos, bagi memaklumkan perkembangan terbaharu kes kematian remaja berusia 13 tahun, Zara Qairina Mahathir, dari Papar, Sabah

Menurut laporan New Straits Times, Kumar berkata, maklumat terbaharu itu adalah hasil dapatan pasukan khas yang ditubuhkan khusus bagi menyiasat kes berkenaan.

Pada 11 Ogos lalu, sembilan pegawai JSJ telah dihantar ke Sabah untuk mengambil alih siasatan bagi memastikan ia dijalankan secara telus dan menyeluruh.

SAYS.com

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar.

Image via Berita Harian

Berikut adalah pengesahan yang telah diberikan oleh pihak polis setakat ini:


1. Bedah siasat terbaru sahkan punca kematian sama seperti diagnosis awal

Kumar memaklumkan bahawa bedah siasat yang dijalankan pada 10 Ogos mengesahkan Zara meninggal dunia akibat kecederaan otak serius berpunca daripada kekurangan oksigen dan aliran darah ke otak yang disebabkan terjatuh.

Beliau turut menjelaskan, Zara tidak meninggal dunia di lokasi kejadian pada 16 Julai, sebaliknya menghembuskan nafas terakhir di hospital keesokan harinya. Hasil bedah siasat itu didapati selari dengan penilaian awal sebelum ini.

"Punca kematian adalah konsisten dengan diagnosis awal, iaitu kecederaan otak trauma serius bersama hipoksia-iskemia ensefalopati," katanya.

SAYS.com
Image via Mohd Adam Arinin/ Harian Metro

2. Pasukan khas kenal pasti pelanggaran prosedur dalam siasatan awal

Kumar mendedahkan bahawa pegawai penyiasat (IO) asal gagal memohon bedah siasat walaupun terdapat keadaan mencurigakan berhubung kematian pelajar berkenaan.

"Apabila wujud keraguan terhadap punca kematian, bedah siasat wajib dijalankan. Persoalannya di sini, mengapa IO tidak memohonnya?" katanya.

Beliau menegaskan, permohonan bedah siasat sepatutnya tetap dibuat walaupun ibu mangsa telah menandatangani statutory declaration menolak prosedur tersebut.

Penolakan itu direkodkan secara rasmi dalam dokumen bertajuk "Declaration of Refusal to Conduct Autopsy on the Body at Own Request" yang turut ditandatangani oleh ibu mangsa, seorang pakar patologi, dan IO terbabit.

Kumar menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap pegawai berkenaan termasuk ketua jabatan mereka.

"IO dan penyelianya akan dirujuk ke Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard untuk tindakan lanjut," ujarnya.


3. Polis sahkan 82 keterangan telah diambil, bantuan psikologi turut diberikan

Kumar memaklumkan bahawa pihak polis sebelum ini telah merekodkan keterangan daripada 82 individu termasuk pelajar, dan tidak menolak kemungkinan pasukan khas yang mengendalikan kes kini akan memanggil semula sebahagian daripada mereka untuk siasatan lanjut.

Beliau turut menambah bahawa bantuan sokongan psikologi telah diberikan kepada 124 pelajar SMKA Tun Datu Mustapha yang terkesan secara emosi dan trauma susulan insiden berkenaan.

SAYS.com

SMKA Tun Datu Mustapha di Papar, Sabah.

Image via Malay Mail

4. Polis kesan unsur buli dalam kes Zara Qairina

Pada awalnya diklasifikasikan sebagai mati mengejut, siasatan kini memberi tumpuan kepada kemungkinan wujud unsur jenayah.

Kumar berkata, pasukan khas telah memperoleh keterangan saksi yang menunjukkan berlakunya kejadian buli sebelum kematian Zara.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan yang mula berkuat kuasa pada 11 Julai lalu, menjadikan perbuatan buli satu kesalahan jenayah yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

"Sebelum ini tiada peruntukan undang-undang khusus untuk mengambil tindakan terhadap kes buli, namun sejak 11 Julai, Seksyen 507D(2) telah diwujudkan bagi membendung gejala tersebut," jelas Kumar.


5. Polis siasat penyebaran berita palsu di media sosial, termasuk dakwaan mangsa dimasukkan ke dalam mesin basuh

Kumar memaklumkan, seorang wanita berusia 39 tahun di Rawang telah ditahan kerana menyebarkan berita palsu mengenai kematian Zara, mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Setakat ini, sebanyak 15 kertas siasatan telah dibuka berkaitan penyebaran maklumat tidak sahih mengenai kes berkenaan.

"Kita perlu mengambil tindakan tegas terhadap berita palsu kerana ia boleh mengganggu ketenteraman awam serta menjejaskan proses siasatan," tegas Kumar.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: