Kes Warga Bangladesh Didakwa Cabul Kanak-Kanak Perempuan, Bapa Mangsa Tuntut Keadilan Sewajarnya

"Anak aku kena cabu* la. Benda bukan main-main!" – Bapa mangsa.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Bro Man (Facebook)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular baru-baru ini seorang pekerja asing yang didakwa mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun di sebuah kedai serbaneka di Kajang, Selangor pada Februari lalu

Menerusi posting yang dibuat oleh bapa mangsa di Facebook, difahamkan, anak perempuannya yang berusia 9 tahun didakwa telah dicabul dan diraba oleh seorang warganegara Bangladesh di sebuah kedai serbaneka di Kajang.

"Cerita dia begini, beberapa bulan yang lepas aku dan anak aku ke kedai serbenaka di NINSO Kajang. Anak aku mengadu pada aku dia diraba selepas beberapa hari kejadian. Sebab dia baru berani nak bagitau. Aku percaya anak aku trauma kerana dia tak mahu ke sana lagi.

"Waktu kejadian tu, dia macam terkejut dan tergamam untuk terus mengadu pada aku, dan patutlah dia macam ajak balik cepat. Rupanya ada kejadian hitam yang telah berlaku terhadapnya. Memang betul c*l*k* siapa yang lakukan hal tersebut kepada anak aku.

"Naluri bapak-bapak memang rasa tak puas hati, esoknya aku terus ke kedai tersebut untuk dapatkan kepastian bersama anak lelaki aku umur 10 tahun selepas ambil dia dari sekolah.

"Waktu kejadian, manager di kedai tersebut panggil pekerja Bangladesh tu (sebab hari itu dia cuti) ke kedai dan aku "video call" dengan anak perempuan aku untuk sahkan siapa yang buat semasa pengecaman.

"Bukti video lain aku ada!

"Ya, memang aku suruh anak lelaki aku "record" untuk tujuan pengakuan tetapi amarah aku tidak dapat ditahan, jadi aku lemp**g dia beberapa kali. Kalau aku yang 'dulu' pasti lebih teruk Bangl* ni kena.

"Aku terus heret dia ke Balai Polis Kajang, namun yang sedihnya kes ini tidak diteruskan kerana tiada bukti CCTV di kedai NINSO tersebut rosak. Tidak direman atau disiasat. Kes senyap sunyi selepas itu," kongsinya.

SAYS.com
Image via Bro Man (Facebook)

Buat keputusan untuk viralkan video atas sebab untuk beri pengajaran kepada orang ramai untuk berhati-hati

"Aku buat keputusan berikan kepada Kakikorek untuk viralkan video tersebut atas sebab untuk memberi pengajaran kepada orang ramai untuk berhati-hati, jaga anak-anak dari orang jenis macam ini.

"Semalam, aku baru dapat tahu kes ni NFA, aku pun terkejut! Tiada siapa bagitahu aku. Warga Bangladesh itu pun bukan kena hantar balik negara dia tapi masih bekerja di cawangan lain. Aku lebih panas!


"Aku ni rakyat marhaen, mungkin sebab itu kes ni sunyi sepi. Kalau anak VVIP yang kena mungkin dah "settle" lama dah. Bila dah viral barulah aku dipanggil semula untuk beri keterangan lanjut.

"Jadi, aku bagitahu kepada IO untuk teruskan pendakwaan kes terhadap aku, yang dikatakan seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana memkl Bangl* tersebut dan Seksyen 233 SKMM kerana sebarkan video pengajaran itu.

"Kalau inilah harga yang saya kena tanggung untuk mempertahankan maruah anak perempuan saya, tidak mengapa, saya hadap! Jawab aku pada IO tersebut," ceritanya.

SAYS.com
Image via @kakikorekoffisial (TikTok)

"Bangl* tu mungkin sakit kena lempang hari itu sahaja, tapi anak perempuan aku akan TRAUMA selepas kejadian tu seumur hidup dia. Tengok kedai NINSO pun dia takut.

"Kalau tanya aku takut ke kena dakwa nanti? Perlu ke aku rasa takut untuk pertahankan maruah anak aku? Bagi aku tidak, kerana tindakan aku WAJAR sebagai seorang ayah pertahankan anak perempuan yang masih kecil.

"Kalau anak perempuan korang kena rab*, apa tindakan korang?

"Selepas tu, balik daripada Balai Polis tadi, anak perempuan aku dengan wajah polos dia bertanya, "papa kena tangkap polis ke nanti? kakak taknak papa masuk penjara.

"Ya aku sedih, tapi aku jawab pada anak aku, "kalau papa masuk penjara sebab pertahankan maruah kakak, papa rasa bangga!"

"Aku harap cerita ini beri pengajaran pada semua untuk berhati-hati jangan percaya sesiapa terutama orang luar ini. Korang tahu apa alasan dia rab* anak aku? Dia kata sebab dia rindu anak dia.

"Aku mungkin akan ditahan, atau apa jua kemungkinan. Yang pasti aku akan didakwa atas kesalahan aku "mempertahankan maruah anak aku". Aku akan teruskan kes ini, hanya doa dan semangat dari kalian aku perlukan," ujarnya.

Dalam pada itu, polis menafikan kes cabul kanak-kanak perempuan yang tular NFA

Ketua Polis Kajang, Naazron Abdul Yusof, nafi kes tersebut dikelaskan sebagai 'Tiada Tindakan Lanjut' (NFA). Beliau menegaskan siasatan masih berjalan bawah Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak atas kesalahan serangan seksual secara fizikal.

"Tindakan sedang diambil untuk melengkapkan siasatan," katanya kepada FMT.

SAYS.com

Ketua Polis Kajang, Naazron Abdul Yusof

Image via FMT Malaysia

Jumaat lalu, Naazron menyatakan bahawa polis sedang mencari saksi-saksi bagi membantu siasatan. Menurut beliau, laporan polis dibuat pada 12 Mac oleh bapa mangsa yang mendakwa anaknya dicabul pada 27 Februari. Mangsa mendedahkan kejadian itu kepada keluarganya pada 11 Mac.

Semalam, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa bapa kanak-kanak itu memaklumkannya bahawa polis memutuskan untuk tidak mengambil tindakan.

Pada sidang media di Parlimen, Ahli Parlimen Machang itu turut menyatakan bapa mangsa akan didakwa kerana menyebarkan video dia berdepan pekerja asing terbabit dan pemilik kedai tempat lelaki itu bekerja. Beliau mendakwa video tersebut jelas menunjukkan pekerja asing itu mengaku melakukan perbuatan.

Wan Fayhsal berkata Perikatan Nasional sedia menyediakan peguam untuk bapa mangsa bagi membela diri di mahkamah.

Ditanya sama ada si bapa akan didakwa, Naazron menjawab: "Siasatan masih dijalankan."

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: