Kes Gadis Ditikam 61 Kali, Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Nurfisya Di Ketereh
Difahamkan, Muhammad Hazim didakwa mengikut Seksyen 302 bunuh Nurfisya.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang penuntut kolej telah didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh seorang gadis penuntut kolej
Nurfisya Zulkifly, 19, seorang penuntut Kolej Poly-Tech MARA yang mayatnya telah ditemukan dengan 61 tikaman di Ketereh pada 1 Mei lepas.
Menurut laporan di Berita Harian, tertuduh Muhammad Hazim Muhammad, 19, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Tertuduh telah didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Nurfisya.
Perbuatan ini telah dilakukan diantara 30 April 11:40 malam hingga 12:20 tengah malam pada 1 Mei di Jalan Pengkalan Piah, Ketereh.
Dakwaan adalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara hingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang dari 12 sebatan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yuusoff Mamat melaporkan mangsa telah ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri, namun identitinya dikenal pasti menerusi semakan cap jadi oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
Mangsa pembunuhan dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya ditemui di lokasi terbabit.

Sementara itu polis juga telah menahan reman empat individu termasuk dua warga emas yang merupakan ibu bapa suspek sebelum mereka dibebaskan dengan jaminan polis.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



