Kes Cubit Murid Hingga Lebam, Guru Tadika Didenda RM1,200 Oleh Mahkamah Majistret

Difahamkan, ibu mangsa menyedari kecedaraan itu selepas membawa pulang anaknya.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerana gagal mengawal emosi tindakan seorang guru tadika untuk mencubit anak muridnya sehingga lebam menjadi pengajaran

Kejadian di Batu Pahat, Johor, seorang guru tadika bernama Nurul Amira Natasya Mohd Nazri, 25, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Yong Peng kerana mencederakan seorang kanak-kanak di bawah jagaannya dengan mencubit lengan hingga lebam.

"Saya mohon maaf kerana gagal mengawal emosi dalam mendidik kanak-kanak." katanya.

Menurut laporan dari Berita Harian, permohonan maaf ini telah disampaikan melalui peguamnya ketika rayuan dibuat sebelum dijatuhkan hukuman bayaran RM1,200 ke atas guru tersebut.

SAYS.com
Image via NSTP / Alias Abd Rani

Pertuduhan dia didakwa sengaja mendatangkan kecederaan

Tertuduh, Nurul Amira didakwa kerana sengaja mendatangkan kecederaan terhadap kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di sebuah tadika di Taman Sentang Jaya pada jam 10 pagi, 14 April lalu.

Mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, hukuman yang boleh dikenakan adalah penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 jika sabit kesalahan.

Mengikut fail kes, ibu kepada kanak-kanak itu tersedar selepas membawa anaknya pulang ke rumah. Pengadu mendapati kesam lebam di tangan kanan anaknya sebelum dimaklumkan dia dicubit oleh gurunya.

Ibu kepada kanak-kanak itu telah membuat laporan polis dan polis telah menahan tertuduh di tadika itu untuk membantu siasatan.

Mangsa didapati dicubit dua kali pada lengan kanan. Hospital Sultanah Nora Ismail juga mengesahkan kecederaan itu pada lengannya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: