Kes Buli IKBN MIRI: KBS Bertegas & Tidak Teragak-Agak Buang Pelajar Yang Terlibat
Tindakan disiplin tegas akan diambil, penggantungan atau dibuang.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak akan memandang remeh untuk mengambil tindakan disiplin tegas kepada pelajar terbabit buli di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri
Baru-baru ini terdapat satu rakaman viral video memaparkan sekumpulan pelajar IKBN membuli seorang pelajar dengan membuat kekerasa fizikal.
Manurut laporan dari Berita Harian, KBS memandang serius perbuatan ini kerana membabitkan isu keselamatan, maruah dan disiplin yang sepatutnya menjadi asas penuntut Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS).

Buli bukan sekadar salah laku individu tetapi ancaman kepada budaya pembelajaran yang sihat dan selamat
"Tindakan disiplin tegas termasuk penggantungan atau dibuang akan diambil terhadap pelaku tertakluk kepada peraturan dan tatacara yang sedang berkuat kuasa," tambah KBS.
KBS juga ada menegaskan bawaha tiada ruang untuk kekerasa fizikal sebegiti berlaku tidak kiralah sebagai gurauan atau tradisi.

Siasatan mendapati kejadian ini berlaku pada Jumaat lepas sekitar 4:30 petang.
Tambahan lagi, KBS memberitahu IKBN Miri hanya menerima laporan melalui media sosial pada hari ini dan terus mengambil tindakan siasatan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



