Kes Buli: 2 Pelajar Disyaki Kurung & Cederakan Rakan Dalam Tandas Sekolah

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sinar Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dua pelajar perempuan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Petani, Kedah, semalam, atas pertuduhan mencederakan serta mengurung rakan sekelas di dalam tandas sebuah sekolah menengah, bulan lalu

Menerusi laporan Berita Harian, kedua-dua tertuduh, masing-masing berusia 13 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara bersama dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Mohamad Azlan Basri.

Berdasarkan pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh didakwa secara bersama menyebabkan kecederaan terhadap seorang pelajar perempuan sebaya di tandas blok Tingkatan Enam sekolah berkenaan pada kira-kira jam 6.40 petang, 14 Julai lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

SAYS.com
Image via Noorazura Abdul Rahman/ Harian Metro

Sebutan semula kes ditetapkan pada 23 September depan

Manakala, bagi pertuduhan kedua pula, kedua-dua tertuduh didakwa secara bersama mengurung mangsa di lokasi, masa dan tarikh sama, mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hazwani Md Nor, menawarkan jaminan RM4,000 bagi setiap tertuduh. Namun, peguam bela mereka, N. Nagaratnam, memohon jumlah lebih rendah atas alasan kedua-dua anak guam masih bersekolah dan memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis.

SAYS.com
Image via Sinar Harian

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh, serta mengarahkan mereka tidak mengganggu mangsa sepanjang prosiding kes. Sebutan semula kes ditetapkan pada 23 September depan.

Terdahulu, pada 19 Julai lalu, media melaporkan seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu ditemukan di dalam tandas sekolah dengan tangan dan kaki diikat menggunakan tali leher, manakala mulut disumbat dengan sapu tangan.

Mangsa kemudian menerima rawatan di hospital akibat kecederaan ringan pada tangan dan kaki serta mengalami trauma susulan insiden tersebut.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: