Kereta Mewah, 727 Barangan Milik Datuk Seri Vida Bakal Dilelong Hujung Bulan Ini
Kes itu berpunca daripada pertikaian bayaran tertunggak antara Vida dan AH Design Communication yang terlibat dalam kerja-kerja pembinaan dan pengubahsuaian banglo mewahnya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Selepas hampir setahun tertangguh, proses lelongan barangan peribadi dan kenderaan mewah milik usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) akhirnya bakal diteruskan pada 30 Oktober ini
Menurut laporan Harian Metro, berdasarkan notis perisytiharan jualan lelong yang disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris, tindakan itu dibuat oleh pemiutang AH Design Communication Sdn. Bhd., syarikat subkontraktor yang pernah dilantik DSV.
Lelongan tersebut dilakukan berikutan kegagalan DSV melunaskan tunggakan bayaran kepada syarikat berkenaan, yang difahamkan berjumlah lebih RM1 juta sejak tahun 2018.

Mahkamah tolak permohonan tangguh
Sebelum ini, proses lelongan yang dijadualkan berlangsung pada Disember tahun lalu ditangguhkan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan DSV untuk menangguhkan acara itu.
Namun selepas hampir setahun, mahkamah menolak permohonan terbaharu usahawan itu apabila pihaknya gagal mengemukakan bukti kukuh berhubung dakwaan bahawa sebahagian barangan yang disita adalah barangan pinjaman.

Terdahulu, pada 25 November 2024, sebanyak 727 barangan termasuk empat buah kereta mewah disita dalam operasi selama hampir lima jam di banglo Vida yang terletak di Ipoh, Perak.
Antara barangan yang disenaraikan untuk dilelong termasuk pembakar roti jenama Sharp, penapis air Coway, meja solek, dan peti sejuk, selain kenderaan mewah miliknya yang turut menjadi perhatian ramai.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 