Kerajaan Umum Diskaun Tol 50% Pada 23 & 24 Disember Sempena Krismas
Anda boleh menyemak status trafik atau sebarang insiden melalui semua media sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sempena sambutan Hari Krismas, kerajaan mengumumkan pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus bagi pengguna kenderaan persendirian pada 23 dan 24 Disember ini
Insentif ini dikhaskan untuk kenderaan Kelas 1 (serta Kelas 2 bagi Jambatan Pulau Pinang) dan terpakai di semua lebuh raya, kecuali di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang (LINKEDUA).
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam kenyataan beliau memaklumkan bahawa kerajaan akan menanggung kos implikasi kewangan dianggarkan berjumlah RM20.65 juta.
Peruntukan tersebut adalah bagi membayar pampasan kepada semua syarikat konsesi lebuh raya yang terlibat dalam pemberian diskaun tol tersebut.
"Pemberian diskaun tol ini diharap dapat meringankan sebahagian daripada beban kos perjalanan rakyat yang merancang pulang ke kampung halaman atau bercuti bersama-sama keluarga, selaras dengan hasrat Kerajaan MADANI membantu rakyat semua peringkat merentas kepelbagaian agama, kaum dan kepercayaan," katanya.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Berita HarianTarikh tersebut dipilih bagi menyuraikan trafik sempena musim perayaan dan cuti sekolah
Tambah beliau, pemilihan tarikh diskaun tersebut bertujuan untuk menyuraikan kesesakan trafik sempena musim perayaan dan cuti sekolah, selain memastikan operasi di kawasan Rehat & Rawat (R&R) berjalan lancar.
"Pemilihan tarikh ini juga adalah sebahagian dari inisiatif penyuraian trafik musim perayaan dan cuti sekolah terutama pada hari perjalanan pulang ke kampung dan kembali semula ke bandar serta dapat mengoptimumkan pengoperasian lebuh raya di sepanjang kawasan hentian sebelah (Lay By) dan kawasan Rehat dan Rawat (RSA) di lebuh raya," katanya.
Bagi menjamin keselamatan, pengguna lebuh raya digesa merancang perjalanan melalui aplikasi TuJu Highway Navigation atau MyPLUS-TTA serta mematuhi Jadual Waktu Perjalanan (TTA) dan peraturan jalan raya yang ditetapkan.


Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 