Kerajaan Tiada Rancangan Untuk Hadkan Pembelian Petrol RON95 Hanya Sekali Sehari
Menurut kenyataan, had pembelian sekali sehari jelas tidak selaras dengan tujuan berkenaan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan menegaskan bahawa tiada sebarang rancangan untuk mengehadkan pembelian petrol RON95 kepada sekali sehari
Dalam kenyataan rasmi, Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan bahawa kerajaan kini sedang meneliti langkah-langkah bagi mengelakkan sebarang bentuk penyalahgunaan subsidi RON95.
Namun begitu, kajian tersebut tidak melibatkan pelaksanaan had pembelian harian.
"Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dilaksanakan dengan hasrat untuk memastikan keperluan harian rakyat Malaysia dapat dipenuhi.
"Had pembelian sekali sehari jelas tidak selaras dengan tujuan berkenaan," katanya.

Rakyat boleh menyemak profil kelayakan bermula 25 September ini
Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Kementerian Kewangan (MoF) menjelaskan bahawa siling kelayakan sebanyak 300 liter sebulan telah ditetapkan hasil daripada dapatan kajian Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), yang menunjukkan 99 peratus pemandu kenderaan persendirian di negara ini menggunakan kurang daripada jumlah tersebut.
"Kelayakan 300 liter ini adalah memadai untuk seorang pekerja yang memandu kereta Proton Saga berulang-alik sejauh 200 kilometer dari Seremban ke Puncak Alam selama sebulan.
"Siling kelayakan bulanan yang tinggi ini juga menjadi penampan terhadap eksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab, sama ada penyeludup di sempadan atau syarikat komersial berskala besar," kata MoF.

Menurut MoF lagi, bagi memudahkan rakyat menyemak profil kelayakan serta baki penggunaan bulanan, kerajaan akan melancarkan portal rasmi di www.budimadani.gov.my yang boleh diakses mulai jam 9 pagi, 25 September 2025.
Selain itu, pemandu e-hailing turut diberi kelonggaran untuk memohon tambahan kepada siling kelayakan mereka melalui portal berkenaan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 