Kerajaan Teruskan Pengecualian Cukai 100% Bagi Pembelian Kereta Nasional Untuk Pemilik Teksi & Kereta Sewa

Perkara itu diumumkan perdana menteri ketika pembentangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat hari ini.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan mengumumkan langkah proaktif bagi menyokong pengusaha teksi dan kereta sewa persendirian menerusi lanjutan insentif cukai serta inisiatif pembangunan kapasiti pemandu

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat hari ini.

Pengecualian 100 peratus duti eksais dan 100 peratus cukai jualan akan diteruskan bagi pembelian kereta nasional baharu jenama PROTON dan PERODUA oleh pemilik teksi serta kereta sewa persendirian.

Selain itu, bagi meningkatkan tahap kecekapan dan keselamatan operasi, HRD Corp memperuntukkan RM10 juta bagi menanggung kos kursus serta elaun latihan kepada pemandu teksi berlesen yang mencarum, sebagai sebahagian daripada usaha memperkasa kemahiran dan profesionalisme mereka dalam industri.

SAYS.com
Image via Berita Harian
SAYS.com

Ikuti pembentangan Belanjawan 2026 dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang hanya di SAYS Seismik!

SAYS.com
Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: