Kerajaan Teliti Cadangan Naik Kompaun Sehingga RM10,000
Kadar kompaun ini akan dikenakan ke atas mereka yang ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Cover image via Selangor Journal & Malay MailHari ini, 1 September 2020, Jabatan Perdana Menteri mengulas cadangan berkenaan pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) untuk menaikkan kadar kompaun ke atas mereka yang ingkar arahan PKPP
Image via Minda Rakyat
Menurut laporan, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sekiranya kajian yang dibuat membolehkan pindaan itu berlaku, maka ia akan dibawa ke Parlimen untuk diluluskan sebelum digazet.
"Kita sudah serah kepada JPM untuk meneliti dan berbincang dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jika ada perubahan, ia akan diumum nanti," katanya.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa pelbagai pihak turut memberi pendapat mengenai isu ini
Cadangan yang diberikan oleh beberapa pihak adalah termasuk kenaikkan kompaun sehingga RM10,000 bagi mereka yang melanggar peraturan PKPP.
Namun begitu, pindaan akta ini juga akan memerlukan tempoh lama sebelum dikuatkuasakan.
Image via SAYS Seismik

