Kerajaan Setuju Tempatkan Anggota Polis Di Sekolah, Langkah Perkukuh Keselamatan Pelajar

Kelulusan sebanyak RM5 juta turut diberikan bagi melaksanakan pemasangan CCTV di beberapa sekolah pilihan

Enlarge text
Cover ImageCover image via Bernama & Utusan Malaysia
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan bersetuju untuk meneruskan penempatan anggota polis di kawasan sekolah sebagai usaha menjamin keselamatan pelajar, umum Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti peningkatan kes buli, penderaan dan jenayah yang semakin membimbangkan di institusi pendidikan.

Menurut Anwar, langkah itu penting bagi memastikan pelajar dapat belajar dalam persekitaran yang selamat dan terkawal, selain memperkukuh hubungan antara pihak berkuasa serta komuniti sekolah.

"Bagaimanapun, kita akan memberikan panduan supaya polis memantau dan tidak menimbulkan keresahan kepada anak-anak.

"Kerajaan juga bersetuju untuk menubuhkan Majlis Pendidikan Negara bagi memperbaiki kelemahan dalam sistem pendidikan negara dan menyelaras pandangan semua pihak berkepentingan,"
katanya pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat semalam.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Utusan Borneo

Setuju supaya jawatankuasa keselamatan dan kesejahteraan murid sekolah dilakukan secara lebih berstruktur

Menjawab pertanyaan Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN–Indera Mahkota) berhubung langkah kerajaan memperkukuh keselamatan sekolah, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beberapa pendekatan baharu akan dilaksanakan bagi menangani isu keselamatan dan kesejahteraan murid di peringkat akar umbi.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan mengambil serius kebimbangan ibu bapa terhadap keselamatan anak-anak mereka dan bersetuju untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah terpilih.

Katanya, sebanyak RM5 juta telah diluluskan bagi pelaksanaan projek pemasangan CCTV itu.

"Kaunseling juga akan ditambah, walaupun ia tidak seperti kaunselor yang terlatih, berkelayakan, dan bertauliah, itu juga sedang dipertimbangkan.

"Selain itu, pengambilan pembantu warden asrama, termasuk veteran tentera akan dibuat secara lebih kemas," katanya.

SAYS.com
Image via Bernama

Dalam sesi sama, Anwar turut bersetuju dengan cadangan Saifuddin supaya penubuhan jawatankuasa keselamatan dan kesejahteraan murid sekolah dilaksanakan secara lebih berstruktur bagi memastikan keberkesanan jangka panjang.

Beliau menambah, kerajaan juga akan mempertimbangkan cadangan untuk menapis pengambilan pengawal keselamatan, pekerja kantin dan petugas kebersihan, serta memastikan mereka mempunyai sijil kelayakan khas.

"Ini cadangan baru… Kalau pun tidak ada sijil, tetapi ada pendedahan tentang tanggungjawab mereka, kerana ada kes di mana warden atau penjaga juga terbabit dalam kes jenayah, termasuk jenayah seksual," katanya.

Berhubung isu pampasan kepada mangsa kes jenayah atau penderaan, Anwar berkata jumlah yang diberikan ketika ini adalah memadai.

"Namun sekiranya ada kes tertentu, seperti kes penderaan di Pulau Pinang, mungkin jumlah pampasan boleh dipertimbangkan untuk dipertingkatkan," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: