Kerajaan Sasar Guna MyKad Untuk Beli Minyak Paket Bersubsidi Hujung Tahun Ini

Langkah itu akan dilaksanakan melalui integrasi sistem sedia ada dengan terminal MyKasih yang akan ditempatkan di kedai runcit di seluruh negara.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan menyasarkan pelaksanaan pembelian minyak masak paket bersubsidi menggunakan MyKad dapat dilaksanakan menjelang hujung tahun ini bagi memperkukuh pemantauan serta mengurangkan ketirisan

SAYS.com
Image via Astro Awani

Menurut laporan Berita RTM, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata langkah itu akan dilaksanakan melalui integrasi sistem sedia ada dengan terminal MyKasih yang akan ditempatkan di kedai runcit di seluruh negara.

Difahamkan, ketika ini proses integrasi data masih berjalan melibatkan pangkalan data sedia ada serta kerjasama dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

"Kita unjurkan sistem itu bersedia menjelang hujung tahun ini. Ketika ini data pembelian masih dikumpulkan melalui aplikasi Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) dan kerajaan sedang dalam proses integrasi dengan Kementerian Kewangan.

"Apabila proses itu siap dan terminal MyKasih berada di kedai runcit di seluruh negara, penggunaan MyKad untuk pembelian minyak masak paket bersubsidi akan dilaksanakan,"
katanya.

Buat masa ini guna kod QR untuk beli minyak paket

SAYS.com
Image via eCentral

Buat masa ini, pembelian minyak masak paket bersubsidi masih menggunakan kaedah kod QR melalui sistem pemantauan yang diperkenalkan kerajaan.

Rakyat Malaysia perlu mengimbas kod QR bagi setiap pembelian, sebagai salah satu langkah untuk memastikan hanya warganegara sahaja yang boleh membeli minyak masak bersubsidi.

Langkah tersebut diambil selepas kerajaan mewartakan larangan terhadap warga asing daripada membeli minyak masak paket bersubsidi.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali sebelum ini memaklumkan bahawa larangan berkenaan mula dikuatkuasakan pada 1 Mac di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Hampir 1,000 kes ketirisan direkodkan

Dalam pada itu, kementerian turut mendedahkan sebanyak 951 kes ketirisan minyak masak paket direkodkan sejak Januari 2024 hingga Februari 2026.

Nilai rampasan bagi kes-kes tersebut dianggarkan mencecah RM4.5 juta. elaksanaan penggunaan MyKad ini dijangka dapat memperketat kawalan pembelian minyak masak paket bersubsidi selain memastikan bantuan kerajaan benar-benar sampai kepada golongan yang layak.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: