Kerajaan Putuskan Penjualan Vape Akan Diharamkan Sepenuhnya – Menteri Kesihatan

Difahamkan, pelaksanaannya akan dibuat secara berperingkat.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan Persekutuan bakal mengharamkan sepenuhnya penjualan rokok elektronik atau vape sebagai langkah membendung penyalahgunaan produk tersebut

Menerusi laporan Berita Harian, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, menjelaskan bahawa pelaksanaan larangan ini akan dibuat secara berperingkat.

Ia akan bermula dengan pengharaman sistem terbuka (open system) sebelum diperluas kepada semua jenis vape sehingga merangkumi keseluruhan produk.

Bagaimanapun, beliau tidak menetapkan tempoh masa khusus bagi pelaksanaan larangan sepenuhnya itu.

SAYS.com

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Image via Sinar Harian

Berharap agar kesihatan rakyat awam dapat terus dilindungi daripada penyakit memudaratkan

Dalam pada itu, katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) sudah mengadakan perbincangan terperinci bersama kementerian dan jabatan utama.

"Ini membabitkan Kementerian Kewangan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kementerian Dalam Negeri melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia serta Pejabat Penasihat Undang-undang.

"Hasil penelitian dan cadangan pelaksanaan pengharaman akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri bagi mendapatkan persetujuan dasar, seterusnya menjadi asas kepada pelaksanaan pengharaman penuh rokok elektronik atau vape di negara ini," katanya dalam jawapan bertulis Dewan Negara.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Health Promotion

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Baharuddin Ahmad mengenai kesediaan kerajaan untuk mengharamkan penjualan vape, sama seperti beberapa kerajaan negeri yang sudah mengambil langkah tersebut demi melindungi kesihatan rakyat daripada penyakit berbahaya.

Dalam masa sama, Dzulkefly turut menegaskan bahawa KKM menyokong usaha enam kerajaan negeri Johor, Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Pahang yang tidak lagi mengeluarkan atau memperbaharui lesen penjualan vape melalui kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) masing-masing.

"Ini adalah pendekatan proaktif seiring matlamat kesihatan awam negara," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: