Kerajaan Peruntukan RM110 Juta Untuk Masyarakat Desa & Pedalaman Dapat Akses Perkhidmatan Kerajaan Secara Terus
Bakal memudahkan masyarakat desa dan pedalaman.
Cover image via Parlimen Malaysia & Malaysia GazetteFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan mengumumkan peruntukan berjumlah RM110 juta untuk memastikan masyarakat desa dan pedalaman mendapat perkhidmatan Kerajaan secara terus
Antara perkhidmatan yang boleh diterima oleh masyarakat desa dan pedalaman ialah:
Penuntut universiti awam bidang sains, kejuruteraan, perubatan dan kejururawatan akan turun ke kampung-kampung memberi khidmat dukungan kepada rakyat seperti pembaikan, saringan kesihatan dan pembudayaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) di sekolah
Perkhidmatan Komuniti Bergerak Sabah dan Sarawak akan diperluas ke 19 kawasan baharu, termasuk Kampung Karamuak, Sabah dan Telang Usan Sarawak.
Perkhidmatan Bank dan Mahkamah juga akan diberikan secara terus
Bank Simpanan Nasional (BSN) akan menambah empat bank bergerak sehingga 20 unit utnuk memudahkan rakyat pedalaman Sabah, Sarawak, Pahang, Perak. Perkhidmatan Perbankan ini akan membawa manfaat kepada lebih 1 juta penerima STR.
Mahkamah Bergerak juga akan diperluaskan meliputi Mahkamah Buruh Bergerak dan Mahkamah Kanak-kanak Bergerak. Bilik saksi mesra kanak-kanak, serta kenderaan ubah suai sebagai bilik bicara yang mempunyai kelengkapan yang cukup.
Kesemua perkhidmatan diatas bakal memudahkan dan memberi akses lebih luas buat kesemua masyarakat desa dan pedalaman.

Ikuti pembentangan Belanjawan 2026 dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang hanya di SAYS Seismik!



