Kerajaan Pertimbang Cadangan Untuk Pengeluaran KWSP Bulanan Seperti Pencen
Pihaknya percaya dalam kajian itu nanti, semua pihak akan menilai cara pelaksanaan yang paling praktikal.
Cover image via BernamaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan kini dalam peringkat kajian untuk menambah baik sistem pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan memperkenalkan kaedah pembayaran secara berkala seperti sistem pencen bulanan
Menerusi laporan Harian Metro, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memberitahu langkah ini bertujuan untuk memastikan simpanan persaraan pencarum lebih terjamin dan tidak habis dalam tempoh singkat selepas pengeluaran.
Tambahnya, idea utamanya ialah membangunkan satu sistem yang lebih mampan dan ia sedang diperhalusi serta sudah diberikan penjelasan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU).
"Ia seperti sistem pencen di mana simpanan tidak dikeluarkan sekaligus, tetapi dibayar secara berkala setiap bulan.
"Kita sedar bahawa ramai pencarum yang menghabiskan simpanan terlalu cepat selepas persaraan, lalu menghadapi kesukaran kewangan pada penghujung usia, oleh itu, kita perlu buat kajian menyeluruh terhadap perkara ini," katanya.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Harian MetroImage viaPelaksanaan akan dibuat secara praktikal dan berfasa jika cadangan diterima
Menurutnya, jika cadangan ini diterima, pelaksanaannya akan dibuat secara praktikal dan berfasa.
"Seperti yang dijelaskan sebelum ini, ia mungkin hanya membabitkan mereka yang baru menyertai KWSP dan bukan pencarum sedia ada.
"Namun, pencarum sedia ada juga mungkin diberi pilihan untuk menyertai sistem baharu itu, jika mereka mahu," katanya.
Jelas Amir, pendekatan baharu ini bertujuan menjadikan KWSP lebih mampan dan relevan dengan realiti semasa, termasuk peningkatan jangka hayat rakyat Malaysia serta tekanan kos sara hidup yang kian mencabar.
"Saya sudah nyatakan bahawa perkara ini sudah diperhalusi dan dijelaskan oleh KWSP.
"Malah, KWSP sendiri memaklumkan bahawa cadangan ini masih dalam peringkat kajian dan belum sampai ke tahap pelaksanaan," katanya.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Image via Harian MetroMenurut beliau, pendekatan ini akan menjadikan KWSP lebih mampan dan seiring dengan jangka hayat rakyat serta tekanan kos sara hidup.
"Masalah yang kita lihat sekarang ialah apabila pencarum diberi akses penuh, sebahagian besar akan menghabiskan simpanan mereka dengan cepat, akibatnya, apabila mereka mencapai usia tua, mereka tidak lagi mempunyai simpanan yang mencukupi," katanya.
Tambah beliau, kajian menyeluruh sedang dijalankan sebelum sebarang keputusan dibuat. Di bawah RMK13, kerajaan mencadangkan skim pencen bulanan dengan pengasingan caruman KWSP kepada dua komponen iaitu simpanan dan pencen persaraan.
Dalam kenyataan terdahulu, KWSP memaklumkan bahawa sebarang keputusan hanya akan diambil selepas sesi libat urus dengan pihak berkepentingan.
Sementara itu, Amir turut menyatakan bahawa cadangan pelaksanaan 'Unexplained Wealth Order' (UWO) juga sedang diteliti dengan berhati-hati.
"Kita tidak mahu melaksanakan sesuatu dasar yang akhirnya membawa kesan negatif atau tidak diingini. Apa yang penting ialah memahami implikasinya secara menyeluruh sebelum membuat sebarang ketetapan," ujarnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



