Kerajaan Pertimbang ‘Block’ Akaun Media Sosial Untuk Kanak-Kanak Bawah 13 Tahun
Ia sebagai langkah melindungi golongan muda daripada risiko dalam talian.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kementerian Komunikasi kini dalam pertimbangan untuk melarang kanak-kanak bawah usia 13 tahun daripada memiliki akaun media sosial
Hal ini dilihat sebagai langkah melindungi golongan muda daripada risiko dalam talian.
Menerusi laporan Buletin TV3, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memberitahu bagi remaja berusia 13 tahun ke atas, mereka perlu dibekalkan dengan modul literasi digital agar mampu memahami dan menilai pelbagai bentuk maklumat yang beredar di platform media sosial. Ini termasuk kandungan palsu, toksik yang tidak sesuai.
"Sekiranya ahli Yang Berhormat bertemu dengan mana-mana kumpulan pelajar bawah 13 tahun dan bertanya kepada mereka adakah anda mempunyai akaun TikTok, ramai yang akan kata ya.
"Ini sebenarnya satu kesalahan yang diakui oleh pihak TikTok sendiri. Jadi, kita sedang teliti, salah satu caranya ialah bawah 13 tahun kita tidak membenarkan mempunyai akaun media sosial," katanya.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) berkait cadangan mewujudkan dasar khas kebangsaan bagi kesejahteraan kanak-kanak khususnya bagi kandungan dalam talian.

Gambar sekadar hiasan.
Image via HallamSebanyak 1,443 kandungan jelik melibatkan kanak-kanak telah diturunkan
Sementara itu, Fahmi memaklumkan 1,443 kandungan jelik dan jelik melampau melibatkan kanak-kanak telah diturunkan oleh penyedia perkhidmatan berikutan permohonan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Menurutnya, tindakan ini berikutan pelanggaran peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) serta garis panduan komuniti penyedia platform.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Image via Berita HarianImage via"Sebagai badan kawal selia industri komunikasi dan multimedia, MCMC mengambil pendekatan menyeluruh untuk memastikan kandungan yang memudaratkan seperti konten anomali, toksik dan merosakkan kognitif seperti 'brain rot' dapat dikawal dan pendedahan terhadap pengguna muda termasuk remaja dan kanak-kanak dapat dicegah.
"Antara langkah-langkah kawal selia yang telah dan sedang dilaksanakan adalah sesi libat urus berterusan dengan penyedia perkhidmatan platform seperti YouTube dan TikTok bagi memastikan sistem algoritma mereka lebih telus dan selaras dengan kehendak peraturan tempatan.
"Ini termasuk keperluan untuk mengehadkan pendedahan pengguna kepada kandungan yang berunsur negatif atau memudaratkan," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 