Kerajaan Perlu Belanja RM50 Sehari Untuk Kos Seorang Banduan Di Malaysia – PBSL
PBSL adalah inisiatif membolehkan banduan terpilih dibebaskan awal.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) kini membantu beri peluang kedua kepada prospek
Menurut laporan dari Harian Metro, kerajaan perlu membelanjakan RM50 sehari untuk setiap tahanan.
Program ini sekaligus menjimatkan kos yang perlu ditanggung kerajaan kerana kos harian yang nampak kecil tetapi dengan jumlah banduan yang ada menjadikan kosnya sangat tinggi.
PBSL adalah satu inisiatif Jabatan Penjara Malaysia yang membolehkan banduan terpilih dibebaskan awal untuk kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat di bawah pemantauan yang bertujuan untuk memulihkan mereka dan mengurangkan kesesakan penjara.

Anggaran kos harian membabitkan setiap prospek di institusi penjara
Anggaran kos ini telah diberitahu oleh Pengarah Penjara Selangor dan Kuala Lumpur, Aminon Adnan.
"Memang ada usaha berjimat. Satu hari sahaja kosnya RM50 bagi seorang. Bayangkan hari ini sahaja di Selangor ada 106 orang (dibebaskan dalam program PBSL)… jadi jumlahnya sudah mencecah ribuan ringgit sehari," katanya pada program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Madani Yakin (Kepulangan Yang Dinanti) bersempena Hari Raya Aidilfitri.
Tempoh pelepasan ini juga mengikut jumlah perbelanjaan terutama bagi prospek yang berada di dalam program tempoh panjang.

Gambar sekadar hiasan
Image via Bernama / FacebookAminon juga mengatakan ada individu yang direkodkan dengan 255 hari dan dengan kadar sehari RM50 sudah mencapai RM12,750 untuk seorang sahaja.
"Paling lama direkodkan ialah 255 hari bagi seorang individu. Kalau dikira dengan kadar RM50 sehari, jumlahnya agak besar untuk seorang sahaja. Malah ada prospek lain yang tempoh pelepasan mereka melebihi 100 hari," katanya.

Gambar sekadar hiasan
Image via Bernama / FacebookBeliau menambah, faktor kos bukan sahaja salah satu langkah penjimatan tetapi langkah yang tidak menjejaskan pelaksanaan program pemulihan berkenaan.
Setakat ini di seluruh negara sebanyak 899 prospek lelaki dan 38 wanita dengan penempatan telah dilepaskan yang juga turut melibatkan 390 majikan, keluarga (406), rumah perantaraan (137) dan empat badan bukan kerajaan (NGO).
PBSL akan sentiasa menjalani proses penilaian ketat termasuk aspek disiplin, tahap pemulihan, sokongan keluarga dan jaminan penempatan selepas dibebaskan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 