Kerajaan Perkenal Skim Khas Lindungi Pekerja Jika Cedera Luar Waktu Pejabat

Skim baharu ini bertujuan memastikan pekerja kekal dilindungi, bukan sahaja di pejabat, malah juga di luar waktu kerja.

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan bakal memperkenalkan Skim Kecederaan Bukan Pekerjaan (Non-Employment Injury Scheme)

Ia sebagai langkah meluaskan jaringan keselamatan sosial negara agar lebih menyeluruh dan seiring dengan realiti semasa.

Menerusi laporan Sinar Harian, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata skim tersebut mengambil kira perubahan gaya bekerja pada masa kini yang lebih fleksibel, termasuk kerja jarak jauh, sekali gus menuntut bentuk perlindungan yang lebih holistik.

"Tekanan kerja tidak lagi terhenti di pintu kilang atau pejabat. Dengan adanya kerja fleksibel dan jarak jauh, perlindungan mesti diselaraskan dengan cara hidup dan bekerja hari ini.

"Perlindungan ini akan merangkumi sepanjang masa kerana kemalangan tidak mengikut jadual," katanya ketika merasmikan World Social Security Forum 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pada Isnin.

SAYS.com
Image via Bernama

Turut menumpukan usaha memperluas perlindungan sosial kepada golongan di luar sistem keselamatan

Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menegaskan bahawa negara perlu bersedia menghadapi realiti Malaysia bakal menjadi masyarakat menua menjelang 2030, apabila satu daripada tujuh rakyat berusia lebih 60 tahun.

Katanya, perubahan demografi tersebut menuntut kerajaan memperkukuh sistem sokongan, termasuk penyediaan penjagaan rapi kepada warga emas, di samping memastikan mereka terus dapat menyumbang pengalaman dan kemahiran kepada masyarakat.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan turut memberi tumpuan memperluaskan perlindungan sosial kepada golongan yang sebelum ini berada di luar radar sistem keselamatan, termasuk pekerja informal, suri rumah dan penghantar makanan.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita HarianImage via

"Golongan ini banyak menyumbang kepada masyarakat, namun mereka berdepan risiko tinggi tanpa jaminan keselamatan. Kini, kita berusaha memastikan tiada siapa ditinggalkan," ujarnya.

Menurut Anwar, perlindungan sosial bukan sekadar sistem birokrasi atau pemberian manfaat, sebaliknya ia merupakan 'infrastruktur moral' yang mencerminkan nilai kemanusiaan dan keadilan dalam sesebuah masyarakat.

"Dalam tradisi Islam, baitulmal memastikan kekayaan diagihkan kepada golongan miskin, balu, anak yatim dan warga emas. Legasi keadilan dan solidariti itu terus menjadi ilham kepada kita
jelasnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: