Kerajaan Perkenal Log Masuk Tunggal MyNIISe Menerusi MyDigital ID Mulai 15 Januari Ini

KDN turut menyarankan rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas untuk memuat turun serta mendaftar aplikasi MyDigital ID.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Bernama & New Straits Times
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bakal memulakan fasa baharu pendigitalan perkhidmatan imigresen apabila aplikasi MyNIISe akan menggunakan MyDigital ID sebagai pintu masuk tunggal bagi pengguna warga tempatan bermula 15 Januari depan

Menerusi satu kenyataan media, KDN menegaskan inisiatif ini khusus untuk rakyat Malaysia bagi meningkatkan ciri keselamatan dan kemudahan akses.

Manakala bagi pengguna warga asing yang menggunakan aplikasi mudah alih MyNIISe, mereka boleh terus mengakses aplikasi tersebut menggunakan kaedah log masuk sedia ada seperti biasa.

SAYS.com
Image via Harian Metro

Sistem log masuk tunggal NIISe menjamin pengesahan identiti pengguna yang lebih tepat dan selamat

Pelaksanaan MyDigital ID merupakan komponen utama dalam inisiatif pembangunan NIISe yang bertujuan untuk mengesahkan identiti pengguna secara tepat.

Sistem ini akan membuat pengesahan identiti melalui pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) secara masa nyata tanpa menyimpan sebarang data peribadi pengguna, sekali gus menjamin privasi individu.

"Pendekatan ini meningkatkan keselamatan transaksi digital serta memudahkan pengalaman pengguna melalui satu log masuk tunggal tanpa perlu mengingati pelbagai kata laluan," menurut kenyataan itu.

SAYS.com
Image via Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Sehubungan dengan pelaksanaan tersebut, KDN menyarankan semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas untuk memuat turun serta mendaftar aplikasi MyDigital ID menerusi gedung aplikasi utama seperti Apple App Store, Google Play, dan Huawei AppGallery.

Walau bagaimanapun, bagi pengguna warga asing, kaedah log masuk sedia ada ke aplikasi MyNIISe dikekalkan tanpa sebarang perubahan buat masa ini.

Sejak dilancarkan pada 22 September lalu di pintu masuk darat Johor (BSI dan KSAB), aplikasi MyNIISe kini dalam fasa perluasan ke lapangan terbang utama di KLIA (Terminal 1 & 2), Pulau Pinang, Sarawak, dan Sabah.

SAYS.com
Image via Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: