Kerajaan Pantau Ketat Jika Ada Peniaga Ambil Kesempatan Naikkan Harga Barang SARA

Setakat ini lebih 11.8 juta rakyat Malaysia telah menggunakan RM100 SARA untuk membeli barangan keperluan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Bernama
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba menjejaskan manfaat yang sepatutnya dinikmati rakyat menerusi pelaksanaan inisiatif penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Menerusi laporan Bernama, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menegaskan kerajaan serius memantau pelaksanaan inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diperkenalkan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat.

"Sekiranya perkara ini berlaku, siasatan dan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 boleh dilaksanakan.

"Kerajaan MADANI akan menyiasat aduan. Dalam masa yang sama, kerajaan menghargai inisiatif pasar raya dan kedai runcit yang menawarkan harga istimewa kepada penerima manfaat," katanya dalam kenyataan.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Bernama

Orang ramai digalak buat aduan jika berdepan kenaikan harga barang selepas pelaksanaan SARA

Dalam pada itu, beliau turut menyeru orang ramai agar tidak berdiam diri sekiranya berdepan situasi peniaga mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan.

Aduan boleh dikemukakan melalui beberapa saluran KPDN seperti portal e-Aduan KPDN, iaitu https://eaduan.kpdn.gov.my/, talian WhatsApp 019-848 8000, atau pusat talian 1-800-886-800.

Sementara itu, MOF memaklumkan hari kelapan pelaksanaan penghargaan SARA berjalan lancar dengan jumlah jualan sebanyak RM102.5 juta membabitkan 1.7 juta penerima setakat jam 9.30 malam tadi.

"Kadar transaksi berjaya kekal stabil pada 99.9 peratus bagi dua hari berturut-turut. Usaha penambahbaikan dan peluasan kapasiti pemprosesan sistem sepanjang tujuh hari lalu, menyumbang kepada kestabilan sistem yang tercapai pada hari ini," menurut kementerian itu.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Bernama

Untuk rekod, sejak dilaksanakan pada 31 Ogos lalu, inisiatif penghargaan SARA telah memberikan manfaat besar kepada jutaan rakyat Malaysia.

Jumlah perbelanjaan keseluruhan yang direkodkan di seluruh negara juga mencapai angka yang signifikan iaitu RM745.7 juta, sekali gus membuktikan bahawa inisiatif ini benar-benar membantu meringankan kos sara hidup golongan sasar.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: