Kerajaan Naikkan 600 Liter Petrol Sebulan Untuk Pemandu e-Hailing Sepenuh Masa
MoF juga telah mengaktifkan kelayakan BUDI95 kepada lebih 1,400 pengguna bot persendirian berdaftar di Sarawak.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Lebih 53,900 pemandu e-hailing sepenuh masa kini layak menerima siling penggunaan Budi Madani RON95 (BUDI95) sebanyak 600 liter sebulan, menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MoF)
Kementerian menjelaskan, peningkatan had penggunaan itu adalah hasil semakan silang data bersama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi memastikan bantuan disalurkan kepada penerima yang benar-benar layak.
"Selain itu, lebih 11,400 lagi pemegang lesen memandu kini layak menerima BUDI95. Mereka terdiri daripada pemandu yang baru mendapat lesen (11,200) dan pemandu yang telah memperbaharui lesen (260), menjadikan lebih 16 juta rakyat Malaysia menerima manfaat BUDI95," katanya.

Skop perlaksanaan BUDI95 diperluas kepada bot berdaftar di Sarawak
Pada masa sama, skop pelaksanaan BUDI95 kini diperluaskan kepada pengguna bot berdaftar di Sarawak, bagi memastikan sistem subsidi bersasar itu benar-benar memberi manfaat secara menyeluruh kepada rakyat di seluruh negara.
"MoF telah mengaktifkan kelayakan BUDI95 kepada lebih 1,400 pengguna bot persendirian berdaftar berdasarkan data yang diperoleh daripada Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan agensi kerajaan negeri tersebut," katanya.
Tambah kenyataan itu, kerajaan Madani kekal komited memastikan pelaksanaan program subsidi bersasar ini berjalan lancar, telus dan memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.
"MoF bersama agensi berkaitan akan terus memantau pelaksanaan BUDI95 dan melaksanakan penambahbaikan dari semasa ke semasa," katanya.
Orang ramai boleh merujuk soalan lazim (FAQ) melalui portal rasmi Budi Madani atau menghubungi talian bantuan di 1-300-88-9595 dan WhatsApp +603-2631 4595 untuk maklumat lanjut.
Portal berkenaan turut dilengkapi ciri semakan sejarah transaksi yang dihubungkan dengan MyDigital ID, bagi memastikan keselamatan data peribadi pengguna sentiasa terjamin.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 