Kerajaan Kaji Semula Garis Panduan Jenama Makanan & Minuman Asing

Pindaan atau penggantian Akta Perdagangan Elektronik 2006 dijangka dibentangkan di Parlimen tahun ini.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh, memaklumkan bahawa kerajaan sedang menyemak semula garis panduan bagi jenama makanan dan minuman (F&B) asing selepas isu tersebut dibangkitkan oleh seorang Ahli Parlimen

Kebimbangan tersebut timbul berikutan pengembangan pesat rangkaian antarabangsa seperti Mixue, Chagee, dan Auntea Jenny yang dilihat berisiko menjejaskan daya saing perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Fuziah menjelaskan bahawa kementerian komited untuk mengimbangi prinsip pasaran bebas dan persaingan adil sambil memastikan industri tempatan terus dilindungi dan tidak terpinggir.

"Cabarannya ialah memastikan persaingan kekal adil dan industri tempatan dilindungi dalam ekonomi pasaran bebas," katanya di Dewan Rakyat.

SAYS.com
Image via Bernama

Beliau menegaskan garis panduan itu perlu dikemas kini kerana sudah berusia lebih dua dekad

Penjelasan tersebut diberikan oleh Fuziah bagi menjawab pertanyaan Rodziah Ismail (PH-Ampang) mengenai inisiatif kementerian dalam membendung dominasi jenama asing serta platform e-dagang yang menawarkan harga terlalu rendah sehingga menggugat kestabilan PKS tempatan.

Beliau menegaskan bahawa garis panduan sedia ada perlu disemak semula memandangkan peraturan tersebut telah digubal lebih dua dekad lalu, sedangkan sektor makanan dan minuman (F&B) telah mengalami pertumbuhan yang sangat pesat sejak tahun 2024.

Fuziah menjelaskan bahawa sejak mula bertapak di Malaysia pada 2024, Mixue telah berkembang pesat sehingga memiliki sekitar 500 cawangan, namun pihak kementerian telah mula mengambil langkah untuk mengehadkan perluasan rangkaian tersebut pada tahun lalu.

"Kami tidak membenarkan mereka dengan bebas menambah cawangan. Ia bukan semudah itu,"
katanya.

Fuziah menjelaskan bahawa kementerian telah memperkenalkan garis panduan kedai khusus sejak 2020 yang mewajibkan syarikat asing berdaftar di Malaysia, memiliki modal berbayar minimum RM1 juta, serta melakukan penilaian impak bagi premis melebihi 5,000 meter persegi.

Manakala bagi sektor e-dagang, satu rang undang-undang untuk meminda atau menggantikan Akta Perdagangan Elektronik 2006 kini sedang dimuktamadkan dan dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada tahun ini.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via IOI City Mall

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: