Kerajaan Galakkan Rakyat Tukar Ke Skim ‘Time Of Use’ Bantu Jimat Bil Elektrik Semasa
Difahamkan, tarif lebih rendah untuk penggunaan elektrik pada waktu luar puncak.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan menggalakkan rakyat untuk beralih ke skim 'Time of Use' (ToU) sebagai salah satu langkah mengurangkan bil elektrik
Skim 'Time of Use' adalah salah satu langkah praktikal untuk menjimatkan bil elektrik dan memperkukuh kecekapan penggunaan tenaga negara dalam menghadapi ketidaktentuan harga tenaga global.
Menurut laporan daripada Harian Metro, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) mengeluarkan kenyataan bahawa 128,868 pengguna kini sudah beralih kepada skim ini Februari lepas.

Pendekatan lebih bijak untuk menikmati kadar tarif elektrik lebih rendah
Menurut PETRA, skim ini adalah pendekatan penggunaan tenaga lebih bijak kerana boleh menikmati kadar tarif lebih rendah pada waktu luar puncak berbanding waktu puncak, sekali gus membantu penjimatan mengikut corak penggunaan seharian.
Waktu puncak penggunaan elektrik lebih tinggi pada hari bekerja pada pukul 2 petang hingga 10 malam, yang mempunyai tarif yang lebih tinggi.
Oleh itu, dengan skim ToU, insentif akan diberikan kepada pengguna untuk mendapatkan tarif lebih rendah pada waktu malam hingga pagi, hujung minggu dan cuti umum.

Gambar sekadar hiasan.
Image via hellodoktor"Perbezaan kadar ini memberi insentif kepada pengguna untuk merancang penggunaan elektrik secara lebih efisien," kata PETRA.
Selain itu, PETRA juga menjelaskan melalui skim ToU, pengguna boleh membuat perancangan lebih efektif dan mengalihkan aktiviti dengan intensiti tenaga seperti penyaman udara, mesin basuh, pemanas air dan pengecasan kenderaan elektrik di waktu luar puncak memaksimumkan penjimatan.
"Pendekatan ini bukan saja membantu mengurangkan bil elektrik, malah menyumbang kepada penggunaan tenaga yang lebih cekap dan mampan," kata kenyataan itu.
PETRA juga memesan supaya rakyat lebih peka dalam penggunaan tenaga secara berhemah yang membantu mengurangkan kos sara hidup.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 