Kerajaan Digesa Pantau & Sekat Game ‘Roblox’, Ramai Dakwa Ia Beri Pengaruh Buruk
Ibu bapa pun kena main peranan, sentiasa pantau permainan di telefon anak.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Zaman sekarang, banyak permainan digital yang memberikan pengaruh tidak baik kepada anak muda
Seperti contoh, ada permainan yang mengajar kanak-kanak untuk melakukan keganasan seperti memukul, membunuh dan sebagainya.
Baru-baru ini, sebuah berita melaporkan ramai menggesa kerajaan untuk memantau atau menyekat permainan popular iaitu Roblox kerana ia didakwa semakin mengancam pemikiran dan peri laku anak muda.

Kerajaan Malaysia digesa haramkan Roblox
"Seorang pemerhati menegaskan kerajaan Malaysia tidak boleh berdiam diri dan perlu segera mengharamkan platform permainan Roblox seperti yang dilakukan oleh Iraq.
"Pemerhati menekankan permainan tersebut langsung tidak membawa manfaat, malah didakwa menggalakkan unsur tidak bermoral, penipuan serta pengaruh buruk terhadap anak-anak," katanya.

Roblox juga dikatakan langsung tidak memberi manfaat pendidikan dan hanya menjadi medium untuk menipu serta 'merompak' ibu bapa melalui anak-anak mereka.
Difahamkan, kandungan dalam permainan itu juga didakwa sering merepek dan tidak sesuai untuk kanak-kanak yang masih muda dan mudah terpengaruh. Ibu bapa wajar bertindak tegas mengawal anak-anak agar tidak terjebak dengan permainan seperti Roblox yang boleh merosakkan minda dan menghakis nilai peri laku murni mereka.
Lihat laporan berita di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 