Kerajaan Cadang Untuk Beri Pelajar Tingkatan 6 Elaun RM250 Sebulan Sepanjang Pengajian
Rezeki buat pelajar Tingkatan Enam.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan kini sedang memperhalusi cadangan pemberian elaun kepada pelajar Tingkatan Enam, sama seperti yang dinikmati oleh pelajar Matrikulasi ketika ini
Menurut laporan Berita Harian, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa cadangan tersebut selari dengan langkah penstrukturan semula sistem pendidikan prauniversiti yang bakal diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Menurut beliau, keputusan dasar telah pun dibuat, namun pelaksanaannya masih diperincikan.
"Elaun Tingkatan Enam dengan Matrikulasi, saya setuju untuk disamakan. Kita tengah teliti sebab keputusan dasar telah dibuat cuma hanya kaedah pelaksanaan (sedang dibincang)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi dialog bersama pelajar sempena program Ramah Mesra di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Temenggong Ibrahim.

Dalam sesi tersebut, Perdana Menteri menjawab persoalan pelajar Tingkatan Enam mengenai ketiadaan elaun seperti yang diterima pelajar Matrikulasi, walaupun kedua-duanya berada pada tahap pendidikan prauniversiti
Untuk makluman, ketika ini pelajar Matrikulasi menerima Bantuan Sara Hidup Pelajar (BHSP) sebanyak RM250 sebulan.
Mengulas lanjut, Anwar menjelaskan bahawa pelajar Tingkatan Enam wajar diletakkan di bawah KPT kerana ia merupakan sebahagian daripada pendidikan pasca persekolahan.
Tambah beliau lagi, kemudahan seperti elaun dan biasiswa sewajarnya diberikan secara adil kepada semua pelajar prauniversiti, termasuk Tingkatan Enam dan Matrikulasi.
Sebelum ini, Anwar turut memaklumkan bahawa KPT akan mengambil alih sepenuhnya sistem pendidikan prauniversiti membabitkan kedua-dua aliran tersebut bermula tahun ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 