Kerajaan Beri Kelonggaran Kod Pakaian Di Kaunter Awam Ketika Kes Kecemasan, Luar Norma Biasa

Urusan kecemasan termasuk laporan kemalangan, kebakaran, dan bencana yang mengancam nyawa atau harta benda.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan telah melonggarkan peraturan etika pemakaian bagi urusan di kaunter dan pejabat kerajaan sekiranya berlaku situasi kecemasan atau luar norma biasa

Langkah ini diambil bagi memastikan hak pelanggan untuk mendapatkan perkhidmatan segera tidak terjejas atau dinafikan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa keputusan ini turut mempertimbangkan sifat perkhidmatan barisan hadapan.

Ia melibatkan anggota keselamatan, kesihatan, dan perkhidmatan lain yang berhubung terus dengan pelanggan, di mana pematuhan etika pakaian mungkin sukar dipenuhi dalam keadaan terdesak.

"Kelonggaran etika berpakaian akan diberi bagi kes kecemasan dan di luar norma biasa untuk tidak dinafikan hak pelanggan mendapat perkhidmatan segera seperti mana perkara 3.2 Lampiran A Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) 1/2025
," katanya dalam kenyataan hari ini.

SAYS.com

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Image via Bernama

Ketua jabatan boleh tentukan etika berpakaian yang sesuai menggunakan budi bicara

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, menjelaskan bahawa urusan yang dikategorikan sebagai kecemasan dan di luar norma biasa termasuk laporan kemalangan, laporan kebakaran, dan urusan berkaitan bencana yang berpotensi mengancam nyawa dan harta benda.

Bagi urusan biasa di kaunter dan pejabat kerajaan, Tan Sri Shamsul Azri berkata, ketua jabatan mempunyai kuasa untuk menggunakan budi bicara sewajarnya dalam menentukan etika berpakaian yang sopan dan bersesuaian, berpandukan garis panduan yang sedia ada.

Secara umumnya, beliau memaklumkan bahawa panduan kod etika berpakaian semasa berurusan di kaunter atau pejabat kerajaan telah digariskan dalam PKPA Bilangan 1 Tahun 2025: Pemantapan Pengurusan Perhubungan Pelanggan Sektor Awam, yang berkuat kuasa pada 20 Januari lalu.

Dokumen tersebut menetapkan bahawa pelanggan perlu berpakaian sopan dan bersesuaian, selaras dengan Rukun Negara kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan.

"Perkhidmatan awam akan terus menambah baik perihal perhubungan pelanggan bagi memastikan akses dan penyampaian perkhidmatan perhubungan pelanggan yang mesra, cekap dan responsif selaras dengan pinsip Ihsan dalam nilai MADANI," katanya.

SAYS.com
Image via Shamsul Azri bin Abu Bakar (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: