Kerajaan Benarkan Had Pengeluaran KWSP Untuk Ibadat Haji Dari RM3,000 Kepada RM10,000

Kemudahan pengeluaran awal CGR kepada penjawat awam turut diperluas untuk haji.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Parlimen Malaysia & Baznas
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Had pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KSWP) untuk tujuan menunaikan haji ditingkatkan kepada RM10,000 berbanding RM3,000 sebelum ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemudahan pengeluaran awal gantian cuti rehat (CGR) kepada penjawat awam turut diperluas untuk menunaikan haji.

"Kerajaan bersetuju supaya had pengeluaran KWSP untuk tujuan menunaikan ibadat haji ditingkatkan kepada RM10,000 ketimbang RM3,000.

"Untuk penjawat awam, kemudahan pengeluaran awal GCR diperluas bagi tujuan menunaikan haji terhad kepada penebusan RM10,000 dengan peruntukan RM10 juta,"
katanya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata sedemikian ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini.

SAYS.com

Ikuti pembentangan Belanjawan 2026 dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang hanya di SAYS Seismik!

SAYS.com
Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: