Keputusan SPM 2025 Bakal Diumumkan Pada 31 Mac Ini – Kementerian Pendidikan Malaysia
Semoga mendapat keputusan cemerlang untuk calon SPM 2025!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 akan diumumkan pada 31 Mac 2026, menurut makluman daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Gambar sekadar hiasan.
Image via Kosmo!Menerusi laporan Berita Harian, seramai 413,299 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut yang berlangsung di 3,350 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Menurut kenyataan KPM, calon sekolah boleh mendapatkan keputusan masing-masing di sekolah bermula jam 10 pagi pada tarikh berkenaan.
Dalam masa sama, calon persendirian pula boleh mendapatkan keputusan dengan menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperiksaan.
KPM turut memaklumkan bahawa pihak sekolah diminta memastikan proses penyerahan keputusan kepada calon dapat dilaksanakan secara cekap dan teratur bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Semakan secara dalam talian & SMS

Gambar sekadar hiasan.
Image via Utusan MalaysiaSelain mendapatkan keputusan di sekolah atau melalui JPN, calon juga boleh membuat semakan melalui dua kaedah lain iaitu secara dalam talian dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
1. Semakan Online
Calon boleh menyemak slip keputusan melalui laman web:
myresultspm.moe.gov.my
Perkhidmatan ini akan dibuka bermula jam 10 pagi pada 31 Mac 2026 sehingga 6 petang, 6 April 2026.
2. Semakan Melalui SMS
Calon juga boleh mendapatkan ringkasan keputusan dengan menaip:
SPMNoKPAngkaGiliran
dan hantar ke 15888
Perkhidmatan SMS ini juga akan diaktifkan bermula jam 10 pagi pada 31 Mac 2026 sehingga 6 petang, 6 April 2026.
Pengumuman ini pastinya dinantikan oleh ratusan ribu calon SPM 2025 yang bakal mengetahui hasil usaha mereka sepanjang tempoh pembelajaran dan peperiksaan.
Lihat kenyataan di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 