Keputusan Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah Akan Diumumkan Minggu Depan
Bakal dibincangkan Selasa depan di mesyuarat Kabinet.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Pengarah perkhidmatan Awam (KPPA) telah diminta untuk meneliti cadangan bekerja dari rumah untuk sektor awam
Penelitian ini telah diminta oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memastikan beberapa perkara boleh diselaraskan untuk bekerja dari rumah.
Menurut laporan dari Kosmo, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, hasil perbincangan mengenai perkara ini akan diputuskan di mesyuarat Kabinet pada Selasa depan.
Ketika ini, bekerja dari rumah dapat mengurangkan beban penggunaan bahan api negara dan juga beban kos rakyat.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Free Malaysia TodayPelarasan perlu disahkan terlebih dahulu
"Beberapa ikhtiar sedang diteliti. Perdana Menteri telah meminta Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam meneliti cadangan bekerja dari rumah untuk memastikan beberapa perkara terselaras," kata Datuk Fahmi Fadzil.
"Ini untuk sektor awam dan hasil daripada perbincangan itu akan dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat pada Selasa depan," katanya.
Beberapa negara di Asia seperti Thailand dan Vietnam telah memberi arahan untuk bekerja dari rumah atau mengurangkan hari bekerja akibat konflik yang menyebabkan banyak negara kekurangan bahan api.
Setakat ini masih tidak diketahui lagi berapa hari penjawat awam dibolehkan bekerja dari rumah dalam seminggu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 