Kenderaan Berat Tidak Dibenarkan Melalui Jambatan Angkat Bermula 2026

Ia bagi mengawal pergerakan kenderaan yang melebihi had muatan dan ketinggian dibenarkan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Malaysia Aktif
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bermula 1 Januari tahun hadapan, kenderaan berat seperti lori muatan, treler, dan bas pelancong tidak lagi dibenarkan melalui Jambatan Angkat Kuala Terengganu

Larangan ini dikuatkuasakan melalui pemasangan palang penghadang dengan ketinggian 3.5 meter.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Pegawai Eksekutif Ti Properties Sdn Bhd, Awasi Mohamad, menjelaskan bahawa penguatkuasaan ini juga menetapkan had muatan maksimum lima tan bagi Berat Dengan Muatan (BDM) atau Berat Tanpa Muatan (BTM) untuk semua kenderaan yang menggunakan jambatan ikonik tersebut.

Beliau menambah, langkah ini diambil untuk mengawal pergerakan kenderaan yang melebihi had muatan dan ketinggian yang dibenarkan, demi menjamin keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Kenderaan melebihi lima tan atau setinggi 3.5 meter perlu menggunakan laluan alternatif

Penguatkuasaan larangan kenderaan berat melalui Jambatan Angkat Kuala Terengganu adalah selaras dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) Seksyen 86(3).

Akta ini melarang kenderaan dengan Berat Dengan Muatan (BDM) atau Berat Tanpa Muatan (BTM) lima tan dan ke atas daripada merentasi jambatan tersebut.

"Langkah yang diambil ini juga penting bagi mengelakkan risiko kerosakan struktur akibat beban berlebihan.

"Justeru, ia boleh menjejaskan keselamatan serta jangka hayat jambatan yang juga antara infrastruktur penting serta mercu tanda ikonik negeri Terengganu," katanya.

SAYS.com
Image via Malaysia Aktif

Menurut Awasi Mohamad (Ketua Pegawai Eksekutif Ti Properties Sdn Bhd), bagi memastikan pemandu sentiasa menyedari peraturan ini, papan tanda amaran had muatan serta papan kenyataan berkaitan akta dan undang-undang telah dipasang di jalan-jalan utama yang menuju ke jambatan.

Tambahan pula, amaran had ketinggian turut dipaparkan secara berterusan melalui papan skrin LED di Jambatan Angkat itu sendiri.

Kenderaan yang melebihi had muatan lima tan dan ketinggian 3.5 meter perlu menggunakan laluan alternatif.

Kenderaan ini dinasihatkan melalui Jambatan Sultan Mahmud dan Jambatan Manir untuk menghubungkan kawasan Kuala Nerus dan pusat bandar Kuala Terengganu.

Selain itu, Awasi berkata, laluan penyuraian alternatif dan parkir khas turut disediakan, terutamanya untuk bas pelancong yang berkunjung ke kawasan sekitar Jambatan Angkat, bagi menjamin kelancaran trafik dan keselesaan pengunjung.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: