Kenderaan Berat Dilarang Berada Di Jalan Raya Pada 19–20 Mac & 28–29 Mac Ini

Dalam pada itu, Kementerian Pengangkutan bakal menguatkuasakan sekatan jalan raya buat kenderaan berat.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Bernama & Buletin TV3
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi melancarkan pergerakan trafik sempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang, Kementerian Pengangkutan (MOT) menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menetapkan perintah larangan pemanduan terhadap kenderaan barangan di jalan raya

Menurut kenyataan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, sebagaimana yang dilaporkan oleh Bernama, tempoh sekatan jalan raya ini dibahagikan kepada dua fasa iaitu pada 19 dan 20 Mac sebelum hari raya, serta 28 dan 29 Mac selepas sambutan tersebut.

"Menjelang Aidilfitri, kita sering berdepan dengan peningkatan mendadak kemalangan jalan raya yang meragut nyawa akibat kecuaian dan kegagalan merancang perjalanan.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Akan melaksanakan Road Ban terhadap kenderaan berat

Sehubungan dengan itu, Anthony Loke menjelaskan bahawa pihak Kementerian Pengangkutan bakal menguatkuasakan sekatan jalan raya buat kenderaan berat.

"Justeru, MOT akan melaksanakan Road Ban terhadap kenderaan berat pada 19 hingga 20 Mac dan 28 hingga 29 Mac sempena Hari Raya Aidilfitri ini," katanya.

Bagi memastikan tahap keselamatan dan pematuhan undang-undang kekal pada tahap yang optimum, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan akan mempertingkatkan kekerapan pemantauan terhadap seluruh sektor pengangkutan darat.

Beliau turut menggalakkan penggunaan pengangkutan awam serta mengingatkan pemandu peribadi agar sentiasa mematuhi peraturan dan mengutamakan keselamatan sepanjang perjalanan pulang ke kampung.

SAYS.com

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Image via New Straits Times

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: