“Kenapa Batu Di Malaysia Putih, Indonesia Hitam?” – Pekerja Binaan Kongsi Rahsia Bumi Ramai Tak Tahu
Dapat ilmu baru lagi hari ini, terima kasih bang!
Cover image via @handy_merantau (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Satu perkongsian ringkas daripada seorang pekerja binaan Indonesia baru-baru ini telah mencetuskan persoalan besar
Kenapa batu di Malaysia berwarna cerah, tetapi di Indonesia kebanyakannya gelap?
Menerusi video yang dikongsi di laman TikTok, pekerja tersebut berkata kebanyakan timbunan batu di tapak pembinaan lazimnya berwarna putih atau kelabu cerah.
Namun di Indonesia, khususnya di kawasan seperti Jawa Tengah, batu yang digunakan lebih gelap dan hampir hitam.
Menurut pekerja berkenaan, perbezaan ini bukan kebetulan, tetapi berpunca daripada asal-usul gunung tempat batu itu terbentuk.

Malaysia terdiri daripada warisan gunung granit
Batuan di Malaysia kebanyakannya berasal daripada gunung jenis granit dan kuarsa.
Kandungan kuarsa (quartz) yang tinggi menghasilkan warna cerah, sekaligus menjadikan batu agregat di sini kelihatan putih atau kelabu muda.
Lebih menarik, batu jenis ini juga sesuai untuk pelbagai kerja pembinaan, lebih ringan dan lebih mudah dipotong atau diproses.

Indonesia pula terdiri kekuatan dari gunung berapi
Berbeza dengan Malaysia, banyak batu di Indonesia datang daripada kawasan gunung berapi aktif seperti Gunung Merapi.
Batuan seperti Basalt dan Andesit mengandungi mineral yang menjadikannya lebih gelap (hitam atau kelabu pekat), lebih padat dan keras serta sangat tahan lasak.
Namun, kekerasan ini juga menjadikannya lebih sukar untuk diolah.

Perbandingan ini bukan untuk menentukan batu mana lebih berkualiti. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa setiap negara mempunyai identiti geologi tersendiri.
Malaysia dengan batu granitnya yang cerah. Manakala Indonesia dengan batu gunung berapinya yang gelap dan padat.
Kedua-duanya unik dan memainkan peranan penting dalam industri pembinaan.
Lihat video penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



