Kenali Prof Norazah, Wanita Negara Pertama Dinobat Saintis Terbaik Dunia Untuk 7 Tahun Berturut-Turut

Beliau juga antara 100,00 saintis terbaik dunia.

Enlarge text
Cover ImageCover image via New Straits Times & Bernama
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Prof Ts Dr Norazah Mohd Suki telah mencipta sejarah menjadi wanita pertama negara tersenarai dalam dua peratus saintis terbaik dunia

Mengharumkan nama negara beliau telah tersenarai sebagai saintis terhebat dunia sejak tahun 2019 lagi.

Menurut laporan di Berita Harian, senarai berprestij itu telah diterbitkan oleh Stanford University dan penerbit akademik Elsevier.

Elesevier telah menilai lebih sembilan juta penyelidik dari selruuh dunia namun hanya 100,000 saintis sahaja yang layak dipilih mengikut citation, indeks-H, kolaborasi antarabangsa dan peranan kepengarangan utama.

"Apabila saya mengetahui disenaraikan buat kali ketujuh, saya amat bersyukur. Ia bukan hanya penghargaan terhadap kerja keras saya, tetapi juga legasi untuk UUM dan Malaysia, membuktikan bahawa kita mampu berdiri setaraf dengan saintis antarabangsa," katanya ketika ditemuduga oleh Bernama.

SAYS.com
Image via Universiti Utara Malaysia

Pencapaian itu bukan sahaja pengiktirafan peribadi tetapi menjadi kebanggaan Malaysia

Prof Ts Dr Norazah adalah seorang penyelidik dan profesor daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) Kampus Kuala Lumpur.

Beliau sangat arif dalam bidang Penyelidikan Pemasaran, Tingkah Laku Pengguna, M-commerce, E-Commerce, E-Marketing, Pemasaran Hijau, Pemasaran Berteraskan Islam dan pelbagai lagi bidang berkaitan.

Berdasarkan maklumat di laman rasmi Scopus, beliau mempunyai 196 artikel & jurnal penyelidikan di mana semuanya tersenarai di Scopus dan majoritinya adalah dalam kategori H-Index 39 — bermakna jurnal tersebut telah memberi impak kepada penyelidik lain sekurang-kurangnya 39 kali dirujuk.

(Scopus adalah satu pangkalan data pelbagai disiplin yang berasakan semakan rakan sebidang, sementara H-Index merujuk kepada ukuran yang menilai keseimbangan antara kuantiti dan kualiti penyelidikan seseorang)

SAYS.com
Image via Bernama

Beliau juga kini berkedudukan di 167 dunia dalam bidang Perniagaan dan Pengurusan serta ke-5,173 secara keseluruhan dari kalangan 100,000 saintis berimpak tinggi.

Bagi beliau kejayaan ini bukanlah kerja individu tetapi hasil ekosistem universiti dan pasukan yang menyokong sepenuhnya.

"Kepengarangan utama mencerminkan kepimpinan intelektual seseorang, menunjukkan peranan kita dalam membentuk idea dan menggerakkan penyelidikan," tambahnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: