Kenali NG999 & Aplikasi SaveME999, Sistem Panggilan Kecemasan Baharu Negara Malaysia
Orang ramai digalakkan memuat turun aplikasi SaveME999 untuk menghantar maklumat kecemasan secara pantas dan tepat melalui SMS.
Cover image via SaveME 999Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sistem panggilan kecemasan baharu negara, Next Generation Emergency Services (NG999), mula beroperasi bermula 16 November 2025, menggantikan sistem Malaysian Emergency Responses 999 (MERS999)
Menerusi laporan Bernama, orang ramai digalakkan memuat turun aplikasi SaveME999 di AppStore atau Google Play bagi memudahkan penghantaran maklumat kecemasan secara tepat, pantas dan berkesan, melalui mesej ringkas (SMS) yang dihantar sejak kelmarin.
"Sila elakkan penyalahgunaan talian kecemasan," menurut SMS berkenaan.

Aplikasi SaveME999 kini boleh dimuat turun melalui AppStore atau Google Play
Untuk rekod, NG999 adalah sistem digital strategik bersepadu yang meningkatkan perkongsian sumber dan data antara pusat panggilan kecemasan dan agensi berkaitan, sekali gus mempertingkatkan kecekapan perkhidmatan kecemasan.
Pada 1 Julai tahun lepas, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, berkata sistem baharu ini menyepadukan peta digital berasaskan web, ID pemanggil, perkhidmatan geolokasi, teknologi kecerdasan buatan (AI) dan aplikasi pintar mudah alih untuk pengendalian insiden kecemasan yang lebih cekap di seluruh negara.
Beliau berkata sistem NG999 diperluaskan kepada lebih 800 lokasi seluruh negara, iaitu dua kali ganda berbanding jumlah lokasi di bawah MERS999 sebelum ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



