Kementerian Pengangkutan Cadang Pinda Akta 333, Pesalah Mabuk Wajib Bayar Ganti Rugi

Pindaan tersebut mewajibkan pesalah membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa selain menjalani hukuman penjara.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Bernama & DAP
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke menyatakan bahawa Kementerian Pengangkutan (MOT) kini sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333)

Ia bagi mewajibkan pesalah membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa sebagai tambahan kepada hukuman penjara yang sedia ada.

Memetik laporan Bernama, langkah tersebut diambil selaras dengan pendirian tegas kerajaan yang tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah memandangkan perbuatan tersebut jelas membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

"Pindaan undang-undang yang memperuntukkan hukuman lebih berat terhadap pesalah telah diluluskan di Dewan Rakyat dan berkuat kuasa pada Oktober 2020," katanya dalam satu kenyataan.

SAYS.com

Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Image via Bernama

Kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah sehingga menyebabkan maut boleh dihukum penjara 10 hingga 15 tahun

Dalam pada itu, menurut Akta 333 mana-mana individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah sehingga menyebabkan kematian boleh dihukum penjara tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak melebihi 15 tahun, serta denda antara RM50,000 hingga RM100,000, jika disabitkan kesalahan. 

Bagi kesalahan berulang, hukuman adalah lebih berat, iaitu penjara tidak kurang daripada 15 tahun dan tidak melebihi 20 tahun, serta denda antara RM100,000 hingga RM150,000.

"Justeru, MOT menggesa Polis Diraja Malaysia untuk menyegerakan siasatan kes kemalangan melibatkan penunggang motosikal di Klang semalam secara menyeluruh agar kertas siasatan dapat dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk menjalankan pendakwaan, seterusnya berharap agar mahkamah menjatuhkan hukuman paling berat terhadap pesalah sekiranya didapati bersalah," katanya.

SAYS.com

MOT merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Amirul Hafiz Omar atas nahas tragis yang disifatkan sebagai kecuaian jenayah yang tidak boleh diterima sama sekali.

Ahad lalu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Lim Jit Huey melaporkan seorang penunggang motosikal berusia 30-an maut dilanggar pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kejadian di Jalan Raya Barat, Klang.

Insiden kira-kira jam 11.40 pagi itu mengakibatkan mangsa tercampak ke atas bumbung sebuah kereta lain dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: