[KEMASKINI] Kanak-Kanak 7 Tahun Lemas Dilaporkan Masih Hidup, Bapa Terlepas Cakap Dah Meninggal – Exco

Difahamkan, satu prosedur akan dilakukan esok bagi menentukan rawatan dan keputusan terbaik untuk kanak-kanak tersebut.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sinar Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dilaporkan lemas di kolam renang sebuah homestay di Taman Kota Syahbandar, semalam masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-kanak (PICU) Hospital Melaka

Menurut laporan Kosmo!, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Datuk Kalsom Noordin berkata, mangsa kini dalam keadaan kritikal dan dirawat menggunakan bantuan mesin pernafasan kerana kehilangan fungsi otak (otak mati).

Menurutnya, kenyataan bapa mangsa sebelum ini yang memaklumkan bahawa kanak-kanak tersebut telah meninggal dunia mungkin disebabkan rasa trauma dan kecewa dengan tragedi tersebut.

"Mungkin sejak hari pertama (kejadian lemas) bapa dia berasa trauma dan kecewa lalu terlepas cakap (anak sudah meninggal), kita harap tak dipanjangkan lagi isu ini.

"Doktor juga memberitahu anak ini sudah tiada harapan dan bergantung pada bantuan mesin pernafasan kerana otaknya telah mati,"
katanya.

Terdahulu, media melaporkan insiden menyayat hati itu berlaku ketika keluarga berkenaan bercuti di sebuah homestay di kondominium Taman Kota Shahbandar, Kota Laksamana, Melaka.

SAYS.com
Image via Sinar Harian

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Mohd Zahery Mohd Zailani, pihak bomba menerima panggilan kecemasan sekitar 9.45 pagi.

Tiga jentera termasuk van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) bersama lapan anggota bomba dikejarkan ke lokasi.

Setibanya di sana, mereka mendapati seorang kanak-kanak lelaki telah dikeluarkan dari kolam renang oleh orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Anggota bomba segera memberikan bantuan pernafasan resusitasi kardiopulmonari (CPR)," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: