Keluarga Malaysia Makan Durian Di Perancis, Jiran Panik Panggil Bomba Ingatkan Ada Kebocoran Gas
Prihatin betul jiran dia, siap panggil bomba.
Cover image via @faroy (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Durian, digelar 'raja buah' di Asia Tenggara, terkenal dengan aroma yang sangat kuat dan unik sehingga mampu menarik perhatian atau membuat sesetengah orang menjauh
Bau durian yang pekat dan tajam sering menjadi topik perbualan, ada yang menyukainya sehingga sanggup beratur panjang untuk menikmati isinya, manakala ada pula yang menganggapnya terlalu menyengat dan sukar diterima.
Keunikan rasa dan aromanya menjadikan durian bukan sekadar buah biasa, tetapi satu pengalaman sensori yang mencetuskan perasaan bercampur antara kagum dan geli hati bagi setiap pencinta makanan.
Namun, lain pula yang terjadi apabila sebuah keluarga berkongsi detik 'lucu' semasa mereka sedang menikmati raja buah tersebut di luar negara.

Jiran call bomba sebab ingat ia adalah bau kebocoran gas
Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @faroy, kelihatan sebuah keluarga sedang berada di luar negara, tepatnya di Perancis, sambil asyik menikmati durian segar yang baru dibeli.
Namun, detik tenang itu tiba-tiba terganggu apabila pintu rumah mereka diketuk, membuatkan mereka terkejut apabila mendapati pihak bomba berada di depan pintu.
Rupanya, seorang jiran telah membuat laporan mendakwa terdapat kebocoran gas, sedangkan sebenarnya bau yang menyengat itu hanyalah aroma durian yang baru dibuka.
"Kecoh satu bangunan bila orang Malaysia makan durian dalam rumah. Satu pasukan bomba datang nak cari mana datang punca bau gas (durian)," tulisnya di kapsyen.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



