Keluarga Itu Tercalon Dalam Senarai TOP 10 Bagi Kategori ‘Drama Paling Viral’ OHBULAN!
Drama itu berjaya tercalon dalam kategori 'Drama Paling Viral' di 'OHBULAN! Paling Viral Online'.
Cover image via OHBULAN!Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Buat julung-julung kalinya, OHBULAN! bakal menggegarkan TikTok Live pada 19 Disember ini dengan 'OHBULAN! Paling Viral Online', menampilkan 7 kategori menarik yang akan dipertandingkan bagi meraikan fenomena paling viral pilihan penonton
Lebih menarik lagi, drama Keluarga Itu yang bersiaran di slot Lestary TV3 mencetuskan fenomena tersendiri apabila mendapat sambutan luar biasa daripada penonton turut tercalon dalam kategori 'Drama Paling Viral' di 'OHBULAN! Paling Viral Online' akan datang.

Untuk info, OHBULAN! Paling Viral Online diwujudkan bagi memberi penghargaan kepada individu dan karya yang berjaya mencipta fenomena dalam dunia hiburan digital merangkumi selebriti, pempengaruh, pencipta konten, usahawan malah sehingga ke lagu, drama dan kelab peminat.
Sebanyak tujuh kategori dipertandingkan seperti anugerah utama OhBulan! Paling Viral Online, Selebriti Paling Viral, Digital Content Creator Paling Viral, Usahawan Paling Viral, Lagu Paling Hot (kolaborasi bersama Hot FM), Drama Paling Viral dan Kelab Peminat Paling Viral.
Antara calon-calon bagi kategori 'Drama Paling Viral' selain daripada Keluarga Itu

Antara drama yang tercalon adalah:
1. Aku Bukan Ustazah 2
2. Bidaah
3. Bukan Sekadar Lafaz 2
4. Dia Imamku
5. Keluarga Itu
6. Langit Ke Tujuh
7. Sekam Di Dada
8. Seribu Tahun
9. Wok
10. Teratak Kasih Salina
Tempoh undian bagi 'OHBULAN! Paling Viral Online' juga telah dibuka sejak 29 September lalu sehingga 25 November ini, dengan setiap peminat dibenarkan membuat sehingga 50 undian sehari.
Senarai Top 5 akan diumumkan pada 1 Disember, sebelum malam kemuncak berlangsung pada 19 Disember 2025, jam 9 malam.
Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh sahaja layari laman rasmi mereka di www.ohbulan.com/ohbulanpalingviralonline!

Untuk rekod, antara pelakon utama dalam drama Keluarga Itu termasuklah Datuk Rosyam Nor, Datin Seri Umie Aida, Fattah Amin, Izara Aishah, Puteri Balqis dan ramai lagi.
Anda boleh sahaja strim sekarang di Tonton untuk layan semua episod penuh dan menyaksikan semula drama Keluarga Itu. Selamat menonton!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



