Kelebihan & Amalan Di Bulan Muharam Selain Membaca Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun

Semoga bermanfaat untuk semua. Salam Maal Hijrah!

Enlarge text
Cover ImageCover image via CNN Indonesia/Adhi Wicaksono & Bernama
Logo

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Apa yang dimaksudkan Awal Muharam?

Muharam merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Selain itu, ianya bagi menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam untuk memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Dalam pada itu, Muharam juga adalah salah satu daripada empat bulan yang dihormati dan memiliki kemuliaan di sisi Allah SWT. Jumlah bulan dalam setahun yang ditetapkan Allah SWT terdapat 12 bulan semuanya. Ia diciptakan sejak Allah SWT menciptakan langit dan bumi lagi.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Imam Ibnu Kathir menyatakan, orang yang melakukan kemaksiatan dan kezaliman pada bulan itu akan 'dilipat gandakan' dosanya oleh Allah SWT (Surah at-Taubah, ayat 36).

Pada bulan Muharam ini kita disunatkan memperbanyakkan berpuasa sunat

Ini seperti dinyatakan dalam satu hadis daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik puasa selepas puasa Ramadan adalah puasa dalam bulan Allah iaitu bulan Muharam. Sebaik-baik solat selepas solat fardu adalah solat sunat pada waktu malam" (Sahih Muslim).

Imam An-Nawawi turut menyatakan puasa paling afdal selepas puasa Ramadan adalah berpuasa pada bulan Muharam.

Menurut laporan, antara hari yang dianjurkan berpuasa adalah pada hari 'Asyura iaitu puasa hari ke-10 dalam bulan tersebut.

Bagaimanapun, dalam mazhab Shafie, ulama menyatakan sunat untuk kita berpuasa pada 9, 10 dan 11 Muharam.

Antara fadilat terbesar puasa pada 10 Muharam yang tidak sepatutnya diabaikan adalah diampunkan dosa seorang hamba itu bagi tempoh setahun yang lalu.

Di Malaysia tarikh 1 Muharam 1447 Hijrah adalah bersamaan dengan 27 Jun 2025 pada hari Jumaat.

Image via Sinar Harian

Amalan membaca doa akhir dan awal tahun yang sinonim dengan sambutan tahun baru hijrah

Hukum berdoa ini seperti disebut ulama, ia termasuk sebagai perintah Allah SWT dan ia tidak ditentukan masa untuk melaksanakannya.

Maka, dalam persoalan boleh atau tidak membaca doa akhir dan awal tahun, ia tidak menjadi masalah walaupun bukan amalan Rasulullah SAW.

Adalah lebih baik doa ini dibaca dan dihayati bersama dengan kefahaman kita terhadap takwim serta amalan hijrah itu sendiri.

Berikut di bawah adalah doa akhir dan awal tahun yang boleh dijadikan rujukan:

Image via Sinar Harian

Kami di SAYS Seismik mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharam 1447H!

Semoga kedatangan tahun baharu ini kita menjadi insan yang lebih baik daripada tahun sebelumnya. Insya-Allah.

Image via Google

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik: