Kelantan Umum Akan Kenakan Lesen Mendulang Emas RM100 Mulai Januari 2026

Rakyat Kelantan boleh mohon lesen di PTG bermula Januari depan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan Kelantan menetapkan dasar baharu lesen mendulang emas di tanah kerajaan kini dikhaskan untuk rakyat negeri itu sahaja dengan yuran RM100 setahun

Menerusi laporan Harian Metro, Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, permohonan boleh dibuat melalui Pejabat Tanah dan Galian (PTG) mulai Januari tahun hadapan.

Beliau menegaskan, kaedah yang dibenarkan hanyalah secara tradisional, tanpa penggunaan sebarang alat atau mesin.

"Mereka hanya dibenarkan mendulang di kawasan yang digazetkan sebagai tanah kerajaan dan kita akan maklumkan kepada mereka syarat dan lokasi yang ditetapkan.

"Kawasan mendulang emas yang dikenal pasti adalah di empat daerah iaitu Tanah Merah, Gua Musang, Jeli dan Kuala Krai.

"Hasil emas yang diperoleh nanti perlu dijual kepada pembeli emas yang berlesen dengan kerajaan negeri kerana pembeli emas berkenaan juga perlu membayar royalti.

"Mereka yang mahu menjadi pembeli emas juga perlu memohon lesen dan ia terbuka untuk sesiapa sahaja rakyat Kelantan," katanya. 

SAYS.com
Image via Berita Harian

Mereka yang mendulang di luar kawasan akan dikenakan tindakan undang-undang

Dalam pada itu, beliau turut memberi peringatan bahawa pendulang yang beroperasi di luar kawasan yang diluluskan akan dikenakan tindakan undang-undang.

"Pendekatan kerajaan negeri ini membolehkan rakyat Kelantan mencari rezeki dengan mendulang emas. Ada dalam kalangan mereka akan menjadikan ia sebagai kerja sampingan dan mungkin juga sebagai pekerjaan tetap sekiranya hasil lumayan.

"Di pihak kerajaan negeri mungkin hasil tidak lumayan, namun kita lebih berharap pendulang yang memperoleh hasil lumayan.

"Masa untuk mendulang juga ditetapkan pada jam 8 pagi hingga 6 petang dan aktiviti ini tidak dibenarkan pada musim tengkujuh.

"Kita berharap penduduk Kelantan yang berminat dengan aktiviti itu dapat memenuhi syarat yang ditetapkan. Kita jangkakan ramai rakyat Kelantan berminat dan memohon lesen mulai bulan depan," katanya.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Fadzli juga menjelaskan keperluan lesen bukan sahaja terhad kepada tanah kerajaan, malah ia diwajibkan bagi aktiviti mendulang emas di tanah persendirian.

Sementara itu, isu berkaitan pemberian lesen kepada pelancong adalah antara perkara yang dijadualkan untuk perbincangan di masa hadapan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: