Kelantan Catat Sejarah ‘Malaysia Book Of Records’, Lebih 1,000 Peserta Jahit Sembat Jalur Gemilang

Sejarah itu tercipta apabila kesemua individu tersebut menyembat secara manual lebih 1,000 helai bendera Malaysia.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Negeri Kelantan kini telah disenaraikan dalam 'Malaysia Book of Records' apabila berjaya mengumpul lebih 1,000 peserta menjahit sembat Jalur Gemilang sempena Program Sulam Kasih Ambang Merdeka baru-baru ini

SAYS.com
Image via Mohd Nassuruddin Haji Daud (Facebook)

Untuk pengetahuan, jahitan sembat adalah sejenis jahitan halus dan rapat yang digunakan untuk mengemaskan kelepet pada pakaian.

Sementara itu, Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri Kelantan, Rohani Ibrahim berkata, sejarah berkenaan tercipta di Dataran Masjid Jamek Muhammadi, Kota Bharu apabila kesemua individu tersebut menyembat secara manual lebih 1,000 helai bendera Malaysia.

Beliau memaklumkan bahawa semua peserta membawa peralatan jahitan sendiri dan menyembat Jalur Gemilang yang berukuran kira-kira 0.61 meter panjang dan 1.22 meter lebar.

"Sokongan masyarakat bukan sahaja menyemarakkan semangat kemerdekaan, malah memperlihatkan perpaduan, kreativiti dan cinta terhadap tanah air melalui seni jahitan," katanya kepada Sinar Harian.

SAYS.com
Image via Mohd Nassuruddin Haji Daud (Facebook)

Warga emas, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kakitangan kerajaan dan pelajar turut terlibat menjahit secara manual Jalur Gemilang

Tambah Rohani, pencarian peserta telah dilakukan oleh Urusetia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita pada 6 Julai lalu, dan mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

"Alhamdulillah dan tahniah atas semangat yang ditunjukkan oleh warga Kelantan. Kita berjaya mengumpul ramai peserta untuk menyembat bendera negara," kongsinya.

SAYS.com
Image via Mohd Nassuruddin Haji Daud (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik