Kelantan Bakal Permudah Proses Daftar Kahwin Di Negara Jiran – “Denda Tetap Dikenakan”
Difahamkan, proses ini lebih cepat dan mudah supaya tidak memberi kesan kepada pendidikan anak-anak.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Proses pendaftaran pengesahan pernikahan rakyat Kelantan yang berkahwin di negara jiran akan dipermudahkan
Kenyataan ini telah dibuat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK).
Menurut laporan daripada Harian Metro, Pengerusi Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Mohd Asri Mat Daud, mengatakan proses pendaftaran perkahwinan pasangan hanya mengambil masa antara sebulan dan dua bulan sahaja.
Proses yang lebih cepat dan mudah
Walaupun proses telah dicepatkan dan dipermudahkan tetapi denda berkahwin di luar negara tetap akan dikenakan.
Tambahan beliau, tiada pengecualian buat denda, dan denda tetap akan dikenakan kerana perkara membabitkan perkahwinan tidak boleh diambil mudah.
"Pendaftaran pengesahan perkahwinan akan diselesaikan dengan cepat dan dipermudahkan. Namun, (pasangan) akan tetap dikenakan denda.
"Proses ini (daftar kahwin) cepat dan mudah supaya ia tidak memberi kesan kepada persekolahan dan pendidikan anak-anak," katanya.

Pengerusi Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Mohd Asri Mat Daud
Image via Nik Abdullah Nik Omar / Harian MetroMenurut beliau, perkahwinan di negara jiran tidak digalakkan kerana berkahwin di Kelantan sudah cukup lengkap dan mudah.
"Tapi yang terlanjur dan terlepas (kahwin di sana), kita akan permudahkan urusan itu (daftar) supaya persekolahan dan pendidikan anak-anak terjamin sepenuhnya," tambahnya.
Setakat ini, Kelantan masih tidak berniat untuk berkongsi pangkalan data dengan pihak Thailand mengenai perkahwinan rakyat Kelantan di sana, tetapi perkara itu akan dilihat pada peringkat jabatan agama.
Sebelum ini, SAYSSeismik pernah melaporkan 3 pasangan dari Malaysia yang dilaporkan bernikah di Narathiwat, Thailand setiap hari.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 