Ajaib! Gerai Beef Noodle Di Seremban Ini Langsung Tak Disentuh Api Dalam Kebakaran Besar
Pelik tapi benar!
Cover image via Sin Chew NS/Negeri Sembilan Events FacebookPelik dan ajaib! Sebuah gerai makan terkenal di Seremban, 'Beef Noodle' langsung tidak disentuh api dalam satu kebakaran besar yang berlaku di Pasar Besar Seremban, Sabtu lalu
Menurut laporan [Sin Chew Daily](http://www.sinchew.com.my/), kira-kira 90% gerai di aras pertama pasar tersebut musnah dijilat api kira-kira jam 7.30 petang. Namun, ajaibnya gerai 'beef noodle' dilaporkan terselamat dalam kebakaran yang memusnahkan 327 buah gerai tersebut.
Image via Lance Ycc/Facebook
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Norazam Khamis berkata hanya kira-kira 10 gerai di tingkat pertama dapat diselamatkan dari kebakaran
Image via Datuk Chong Sin Woon/Facebook
Gerai-gerai di tingkat bawah terselamat, walaupun peniaga gerai terpaksa bergantung kepada lilin sebagai sumber cahaya apabila perniagaan diteruskan pada hari Ahad, memandangkan bekalan elektrik telah terputus akibat kejadian itu.
Image via Lance Ycc/Facebook
Keesokan harinya, pemilik gerai 'beef noodle', Sin Yee Kee terkejut mendapati gerai mereka tidak disentuh api, kerana gerai-gerai di sebelah mereka telah rosak sepenuhnya dijilat api
Segala perkakas yang disimpan di dalam gerai – **peralatan memasak, tangki gas, pembalut plastik, dan kepingan kertas**- juga kelihatan tidak berubah dan berada dalam keadaan asal.
Image via Negeri Sembilan Events/Facebook
Menurut sebuah page di Facebook, Negeri Sembilan Events, pemilik gerai juga mendapati bahawa daging di gerai mereka masih panas apabila mereka dibenarkan masuk ke dalam gerai selepas jam 1.00 petang
Image via Negeri Sembilan Events/Facebook
Sementara itu, selepas kebakaran dahsyat tersebut, Ketua Pemuda MCA, Datuk Chong Sin Woon mengumumkan bahawa semua 327 gerai yang terjejas oleh kebakaran akan menerima bantuan kecemasan sebanyak RM1,000 setiap satu.
Image via Ah Chong/Facebook
Di samping itu, Chong juga berkata bahawa tempat letak kereta pasar akan digunakan sebagai tapak perniagaan sementara untuk pemilik gerai yang ingin meneruskan operasi.


