Kedah Umum Penjawat Awam Negeri Terima Bonus RM2,000, Dibayar Dua Kali Tahun Depan
Wah, untung orang Kedah!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan Negeri Kedah mengumumkan khabar gembira buat kira-kira 5,000 penjawat awamnya apabila mereka bakal menerima bantuan khas kewangan berjumlah RM2,000 setiap seorang
Menurut laporan Kosmo!, perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selepas membentangkan Bajet Kedah 2026 di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Menurut beliau, peruntukan sebanyak RM10 juta disediakan khusus untuk bantuan tersebut yang akan disalurkan dalam dua fasa. Satu pada Januari 2026 bersempena musim pembukaan sekolah, dan satu lagi pada Mac 2026 bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor
Image via Kosmo!Pemberian bonus sebagai penghargaan terhadap komitmen dan dedikasi penjawat awam negeri yang menjadi tulang belakang pentadbiran Kedah
"Sebanyak 5,000 penjawat awam negeri ini akan menerima bantuan khas kewangan itu yang akan dibayar dua kali iaitu pada Januari ketika buka sekolah dan Mac untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri sebagai menghargai usaha keras dan dedikasi anggota pentadbiran negeri dan penjawat awam Kedah," katanya.
Dalam pembentangan bajet itu, kerajaan negeri turut mengumumkan jumlah keseluruhan belanjawan sebanyak RM1.33 bilion dengan tema 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua'.
Pemberian bonus khas itu dijangka dapat meringankan beban kos sara hidup selain membantu kakitangan kerajaan membuat persediaan penting pada awal dan pertengahan tahun depan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 