Kebimbangan Penularan Virus Nipah, KKM Perketat Kawalan Kesihatan Di Semua Pintu Masuk

Menurut KKM, setakat ini, tiada virus Nipah dikesan dalam kalangan haiwan dmoestik atau liar.

Enlarge text
Cover ImageCover image via CNA & Wikipedia
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan bahawa tiada kes baharu virus Nipah dikesan di negara ini setakat ini, meskipun terdapat laporan mengenai penularan wabak tersebut di West Bengal, India

Melalui kenyataan di laman Facebook rasminya, KKM menjelaskan bahawa penyakit zoonotik yang dibawa oleh keluang (fruit bats) ini telah berjaya dibendung sepenuhnya di Malaysia sejak September 1999.

"Jangkitan kepada manusia boleh berlaku melalui sentuhan langsung dengan cecair badan haiwan yang dijangkiti seperti air liur, darah dan rembesan, pengambilan makanan yang telah tercemar, dan kontak dengan cecair badan individu yang dijangkiti," kata KKM.

Jangkitan virus ini menunjukkan simptom seperti demam, sakit kepala, muntah, batuk, serta kesukaran bernafas yang boleh melarat sehingga kepada serangan sawan.

Pesakit juga sering mengalami fasa kekeliruan dan kecelaruan mental selepas tempoh pengeraman selama lima hingga 14 hari.

Menurut KKM, virus ini sangat berbahaya dengan kadar kematian mencecah 40% hingga 75% akibat komplikasi serius seperti radang otak (encephalitis) dan kegagalan sistem pernafasan. Di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988), setiap kes wajib dilaporkan secara rasmi.

"Pemantauan berterusan penyakit ini juga dipertingkatkan melalui kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) melalui pendekatan One Health.

"Setakat ini, tiada virus Nipah dikesan dalam kalangan haiwan dmoestik atau liar," jelasnya.

SAYS.com
Image via Kementerian Kesihatan Malaysia – Portal Myhealth

Siap sedia hadapi risiko penyakit

Sebagai langkah pencegahan, masyarakat diingatkan supaya tidak menyentuh haiwan yang kelihatan sakit atau mengambil sebarang produk makanan yang dikhuatiri telah tercemar.

Nasihat ini amat ditekankan buat individu yang mengembara ke lokasi berisiko tinggi bagi mengelakkan jangkitan virus Nipah.

"Pengembara dari kawasan yang berisiko dinasihatkan untuk memantau status kesihatan kendiri dan segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya tidak sihat,"
maklum KKM.

SAYS.com
Image via Kementerian Kesihatan Malaysia – Portal Myhealth
SAYS.com
Image via Kementerian Kesihatan Malaysia – Portal Myhealth


Walaupun tiada kes baharu dikesan sejak tahun 1999, KKM menegaskan bahawa pihak mereka sentiasa berjaga-jaga terhadap ancaman penularan rentas sempadan, memandangkan jangkitan secara sporadik masih berlaku di beberapa buah negara lain.

"Sehubungan dengan itu, KKM terus memperkukuhkan kesiapsiagaan melalui saringan kesihatan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA), khususnya melibatkan pengembara dari negara berisiko," tambah KKM lagi

Selain itu, KKM turut meningkatkan pemantauan berterusan serta memperkasa keupayaan makmal di seluruh negara.

Kesiapsiagaan di fasiliti kesihatan juga diperkukuh melalui pelaksanaan protokol kawalan infeksi (IPC) yang lebih ketat.

Bagi menjamin keselamatan orang awam dan menghalang kemunculan semula virus ini, KKM turut menjalinkan kerjasama erat antara pelbagai agensi dan sektor berkaitan.

SAYS.com
Image via Kementerian Kesihatan Malaysia

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: